28 Jun 2011

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS MSU











Tahniah kepada 68 orang pengawas SMKB yang telah berjaya mengikuti Kem Kepimpinan Pengawas 2011 di Management and Science Univerity Shah Alam. Pengisian program sepenuhnya dijayakan oleh team MSU. Terima Kasih diucapkan. Program ini telah diadakan pada 18 Jun yang lalu.



27 Jun 2011

SEMINAR KEIBUBAPAAN PENJAGA PELAJAR T 3 & 5








Salam semua selamat kembali meneruskan sesi persekolahan bagi penggal kedua.Unit Bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama PIBG SMKB telah mengadakan program seminar keibupaan pada 14 Mei 2011 yang lepas. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara penjaga khususnya tingkatan 3 dan 5 demi mencapai kecemerlangan bersama. Ceramah keibubapaan telah disampaikan oleh En. Jamiuddin Kassim merupakan Kaunselor Cemerlang DG 48. Perkongsian tip beliau diharap dapat membantu penjaga dalam meningkatkan lagi pencapaian anak-anak. Di dalam program ini juga penjaga berkesempatan bertemu dengan guru-guru kelas semasa sesi konsultasi. Terima kasih kepada semua penjaga yang dapat hadir dalam perkongsian ini.