27 Aug 2011

SALAM AIDIL FITRI

Salam dan selamat menyambut aidil fitri kepada semua khususnya warga SMKB. Syawal sebagai tanda kemenangan kita mengharungi perjuangan dalam mendapatkan keredhaan Allah swt. Semoga tarbiah dan latihan di sepanjang Ramadhan sama di hayati dan diteruskan di bulan bulan yang berikutnya. Semoga segala yang diusahan insyaalalh mendapat keredhaanNya jua.
Kepada calon SPM raya-raya juga tapi ingat Percubaan SPM akan bermula pada 6 September. Semoga sentiasa bersedia dan selamat menjawab, Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. Salam kemerdekaan yang ke 54 ...

16 Aug 2011

PERCUBAAN PMR BERMULA.


Peperiksaan datang lagi. Kepada semua pelajar diucapkan selamat menjawab peperiksaan P3. Bagi calon PMR percubaan ini adalah medan bagi anda untuk muhasabah setakat mana kemampuan diri anda. BESRSYUKURLAH DENGAN RAHMAT ALLAH kerana masih berpeluang membaiki kelemahan diri sebelun peperiksaan yang sebenar. Manafaatkan kelebihan di bulan Ramadhan ini agar menjadi pelajar yang berjaya di dunia dan juga akhirat. Sesungguhnya bulan ramadhan melatih kita untuk bersabar dan merbut peluang yang ada.Ramadhan akan datang belum tentu lagi ada.

11 Aug 2011

BANYAKKAN BERDOA DI BULAN RAMADHAN

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Oleh itu, mari kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah. Jika di bulan-bulan yang lain kita kurang berdoa, bermula Ramadhan kali ini kita memperbanyakkan berdoa. Semoga Allah memperkenaan hajat kita.Bulan Ramadhan akan di makbulkan doa oleh Allah, Insya-Allah.

10 Aug 2011

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK 1432H

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang masih memberi peluang kepada kita untuk terus merebut peluang di Ramadhan yang mulia tahun ini. Semoga amalan yang kita lakukan tulus ikhlas erna Allah. Hari ini sudah 10 Ramadhan iaitu hari akhir di fasa pertama ramadhan. Fasa rahmat Allah dan beruntunglah yang melakukan amal kebajikan yang ditawarkan oleh Allah. Fasa kedua pula keampunan yang Allah berikan . Fasa ketiga berrmula pada suku ketiga ramadhan iaitu pada 21 hingga akhir ramadhan. Ganjarannya yang Allah janjikan pula pembebasan dari api neraka. Selamat maymbut RAmadhan Almubarak.