27 Jan 2012

SEMAKAN TAWARAN KE T4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2012



                                               
Salam. Makluman kepada calon PMR 2011 yang telah memohon ke sekolah berasrama pehuh ( SBP/ SBPI) boleh membuat semakan dengan melayari Portal Kementerian Pelajaran untuk membuat semakan permohonan anda. Anda juga boleh terus melayari link berikut   : SEMAKAN PERMOHONAN SBP

Minggu Orientasi T 1 dan T 4 Sesi 2012

Salam sedar atau tidak waktu bergerak begitu pantas. Sekolah baru saya bermula dah bercuti untuk perayaan Tahun Baru Cina. Itulah masa , ia tidak menunggu sesiapa sampai waktu tetap berdetik dan berlalu . Demikian juga kita seharusnya dapat menggunakan masa kita dengan kualiti masa yang terbaik. InsyaAllah dengan peracangan dan matlamat yang betul kita dapat mencapai segala yang diingini.
Dalam tempoh masa yang telah berlalu beberapa aktiviti yang telah dapat dilaksanakan oleh unit bimbingan dan kaunseling SMKB. Berikut  foto sekitar aktiviti yang telah dilaksanakan untuk tatapan kita bersama.


Cikgu Rohaimi- Taklimat Peraturan.(Minggu  Orinetasi T 1&4)
Deklamasi Sajak -Semarak Rukunegara (Minggu  Orinetasi T 1&4)
Aktiviti kumpulan 
 
                               
   Murid Istimewa Tingkatan 1.
                                                                                   



11 Jan 2012

PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 2012

Salam, tahniah dan selamat menjadi warga SMKB bagi pelajar tingkatan satu sesi 2012.
Majlis pendaftaran telah diadakan pada 3hb Januari (Selasa) .



En. Azman bin Yaakob ( GPK Pentadbiran) menyampaikan ucapan.


Taklimat Peraturan /Disiplin oleh En. Zulsaharudin (Ketua Guru Disiplin)


Tn Hj Ismail b. Endot (Pengetua SMKB)

2 Jan 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Salam , selamat tahun baru 2012 dan selamat kembali ke sekolah. Alhmadulillah pada 4 Jan ini sesi persekolahn akan bermula. Kepada pelajar tingkatan satu yang bakal menjadi warga SMKB tahniah dan selamat datang ke SMKB.Majlis Pendaftaran Tingkatan Satu akan diadakan pada 3Jan 2012 (Selasa).
Sempena dengan kedatangan tahun baru khususnya hijrah dan masihi ini azam dalam diri untuk kecemerlangan semakin membara. Tingkatan 3 dan 5 anda perlu bersedia secara fizikal dan mental serta emosi kerana tahun ini adalah tahun perjuangan bagi anda!
                                  SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.

1 Jan 2012

PMR 2011


Tahniah kepada calon PMR SMKB 2011 yang telah berusaha untuk mencapai kejayaan dalam PMR yang lepas. Sekali SMKB berjaya mendahului sekolah harian biasa  dalam kedudukannya di daerah Bentong. Seramai 23 orang telah berjaya mendapat 5A hinnga 9A. Tahniah dan syabas. Selamat kembali ke sekolah dengan azam yang baru untuk SPM pula.