31 Jul 2012

RAMADHAN BULAN MULIA




  

Assalamalaikum. Syukur ke hadrat Allah swt yang telah memberi peluang kepada kita untuk menjalani ibadah puasa bagi tahun ini.Hari ini telah genap 11 hari kita berpuasa dan telah masuk fasa kedua dalam Ramadhan iaitu keampunan. Fasa pertama adalah kerahmatan dan fasa ketiga pula pembebasan daripada api neraka.Beruntunglah orang yang mengerjakan dengan ihlas kerana Allah. Semoga ramadhan ini dapat mendisiplinkan  diri atau tarbiyah bagi diri untuk mengawal dan mengamalkan amalan yang baik berterusan ke bulan-bulan yang lain.

RasuluLlah saw bersabda yang maksudnya :
Bulan Ramadan ke bulan Ramadan, dan Jumaat ke Jumaat, dan solat ke solat menjadiPenebus Dosa di antara keduanya selama mana dijauhi dosa besar
Bulan Ramadan itu ialah bulan kesabaran, dan ganjaran kesabaran ialah syurga
Awalnya rahmat, tengahnya pengampunan dan akhirnya bebas daripada neraka .

Marilah kita sama-sama memburu kelabihan ramadhan semoga kita berjaya di dunia dan juga di akhirat. Amin.

24 Jul 2012

PROGRAM KONSULTASI KEIBUBAPAAN SPM/PMR SMK BENTONG 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 20 JULAI 2012 telah diadakan Program Konsultasi Keibubapaan SPM/PMR SMKB.  Terima kasih kepada penjaga / ibu bapa yang telah hadir bersama bagi menjayakan majlis ini.





YDP PIBG En.Rosli bin Basri.
GPK KO-En. Pudian Rahim Abd.Wahid

20 Jul 2012

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA RAMADHAN ALMUBARAK


Assalamualaikum dan selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan Almubarak . Semoga kehadiran bulan mulia ini menguatkan lagi keimanan dan kecintaan kita kepada Allah SWT. Amin.

15 Jul 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / SETARAF (IJAZAH PERTAMA) SESI AKADEMIK 2012/2013


Assalamualaikum . Tahniah kepada pemohon yang telah menerima tawaran ke program ijazah di IPTA lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ setaraf. Semakan maklumat boleh dibuat melalui laman http://upu.mohe.gov.my/

LAMAN WEB RASMI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA,TEVT & ILK



SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN
KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / SETARAF
(IJAZAH PERTAMA)
SESI AKADEMIK 2012/2013


Saluran 1
:
Saluran 2
:
Saluran 3
:
Saluran 4
:
Saluran 5
:
SMS
:
Taip UPU RESULT [NOKP] hantar ke 15888

11 Jul 2012

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SMKB KE 45

Ketibaan Yg Berbahagia Dato' Tantowee. (Pegawai Daerah Bentong)



Pn. Rosnita Bt Abdullah _AJK PIBG
Kejohanan Tahunan telah diadakan pada 4 JULAI 2012 (RABU).
Johan Keseleruhan dimenangi oleh rumah Tun Dr. Mahathir ( MERAH).
TAHNIAH...

4 Jul 2012

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2013/2014



Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 1 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my  atau http://www.moe.gov.my/bmkpm

 

3 Jul 2012

MAJLIS PENYERAHAN NOTEBOOK 1 MALAYSIA DUN KETARI

Assalamualaikum. Tahniah kepada penerima notebook Satu Malaysia DUN Ketari yang telah disampaikan oleh YB Dr Ng Kee Chyee ADUN kawasan Ketari pada 27 JUN 2012 (RABU) yang lepas di Dewan Keris Mas SMK Bentong. Penerima adalah terdiri daripada pelajar SMK Bentong, SMK Sulaiman, SMK Ketari,SMV Tengku Afzan dan SMK Bukit Tinggi. Seramai 30 orang pelajar SMK Bentong adalah penerimanya dan tahniah  diucapkan semoga penerimaan notebook ini dapat dimanfaatkan utnuk tujuan belajar khas.