27 Apr 2013

TAWARAN MATRIKULASI DAN T 6 2013

Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia.

Tahniah kepada semua lepasan SPM 2012 yang telah berjaya ke  program matrikulasi bagi sesi 2013/14. Anda boleh membuat semakan di laman Bahagian Matrikulasi berikut : http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/


Kepada lepasan SPM 2012  pula anda boleh menyemak tawaran T 6 sesi 2013/14 di alamat berikut :
http://apps.moe.gov.my/sst6/semakanrayuan2013/
Calon yang menerima tawaran perlu mencetak tawaran berkenaan. Bagi calon yang gagal pula boleh terus membuat rayuan.

11 Apr 2013

Tahniah...

Assalamualaikum dan Salam 1 M.

Tahniah kepada semua lepasan SPM 2012 yang telahpun menerima keputusan SPM masing-masing. Langkah seterusnya sudahkah anda membuat pilihan teentang halatuju anda selepas ini. Jangan berlengah lagi kepada mereka yang masih belum mengisi borang UPU masih ada masa  lagi. Untuk makluman tarikh akhir membuat permohonan ke UPU adalah 15 April 2013.
Anda masih belum terlewat untuk membuat permohonan ke IPTA mahupun ILKA dan bertindakalah sekarang. Anda boleh melayari laman berikut : http://upu.mohe.gov.my/

1 Apr 2013

JOM MASUK U KARNIVAL KERJAYA PERHATI 2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Berita baik kepada semua lepasan SPM / STPM 2012 dan mereka yang ingin melanjutkan pelajaran . Anda  semua khususnya yang berada di daerah Bentong dan daerah berhampiran boleh hadir ke Karnival Kerjaya Perhati Daerah Bentong 2013. Jangan lepaskan peluang anda dan hadirlah ke karnival ini.