31 Aug 2015

SELAMAT HARI MERDEKA 2015

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa                                                                                  Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya kita dapat menyambut hari kemerdekaan pada tahun ini. Malaysia negara tercinta bumi bertuah dan makmur. Semoga keharmonian penduduk yang berbilang kaum terus kekal sesuai dengan tema :\Sambutan Hari Kebangsaan Kemerdekaan 2015
Sehati Sejiwa
Maksud Logo Merdeka 2015

28 Aug 2015

PROGRAM KONSULTASI IBU BAPA/PENJAGA DAN PELAJAR SPM & PT3 2015

Assalamulaikum dan Salam 1M.
Unit BK dan PIBG SMK Bentong telah mengadakan program Konsultasi Ibubapa/Penjaga Pelajar SPM dan PT3 2015 pada 15 OGOS yang lalu. Alhamdulillah dan tahniah kepada semua yang dapat hadir dalam program ini. Pengisian utama adalah perkongsian ilmu bersama Ustaz Mohd Sopian bin Salleh dari KonsultanVilla Hati. Tips pelajar dan keibubapaan sangat menarik telah dititipkan kepada semua yang hadir. Terima kasih Ustaz dan semua yang telah menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada YDP PIBG En. Azmi yang dapat bersama-sama dalam program ini.











27 Aug 2015

INFO HUNT KELAB B&K 2015

Assalamulaikum dan Salam 1M.
Alhamdulillah bagi perjumpan Kelab B&K pada  12 OGOS yang lalu aktiviti Info Hunt telah diadakan dengan mendapat penyertaan yang baik daripada ahli kelab. Tahniah kepada ahli kelab yang telah menjayakan aktiviti tersebut.








TAHNIAH KEPADA KUMPULAN YANG TELAH BERJAYA .

22 Aug 2015

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2015

Assalamualaikum dan Salam 1M
Image result for merdeka 2015
Pelancaran Bulan Kemerdekaan SMKB 2015 telah diadakan pada 17 OGOS yang lalu.
Persembahan Pentomen PKBM dan Gimik pelancaran meriahkan lagi majlis pelancaran bagi tahun ini. Majlis telah dirasmikan oleh Tn Pengetua En. Isa bin Safie. Terima kasih kepada semua yang telaha menjayakan program ini. Merdeka 2015 ..."SEHATI SEJIWA"










16 Aug 2015

MAJLIS HARI RAYA SMKB 2015.

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Alhamdulillah di peringkat sekolah sambutan hari raya 2015 berjaya diadakan pada 29 Julai yang lalu. Sambutan yang sangat meriah . Terima kasih kepada semua warga SMKB yang terlibat dalam menjayakan jamuan ini. Terima kasih juga kepada YDP PIBG dan Ajk yang sudi hadir memeriahkan sambutan majlis ini.







14 Aug 2015

TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT MAKTAB TENTERA DIRAJA 2016

Assalamualaikum dan Salam 1M
Image result for maktab tentera diraja

Permohonan Kemasukan Putera 2016 Secara Online akan dibuka pada 2 Ogos 2015 sehingga 30 November 2015.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh ajukan kepada :
Cawangan Promosi dan Pengambilan - 03 - 8946 5562

MAKTAB TENTERA DIRAJA
1. Tawaran terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2015.
2. Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia.
b. Jantina - Lelaki.
c. Tinggi Minimum - 152 sm.
d. Berat Minimum - 40.5 kg.
e. Body Mass Index (BMI) - 18 hingga 27.
f. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
g. Penglihatan - baik dan tidak rabun warna. (Jika berkaca mata hendaklah
tidak melebihi 6/12).
h. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika
melakukan aktiviti lasak.
i. Memperolehi sekurang-kurangnya 7A di dalam PT3 2015 termasuk subjek
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
j. Keutamaan diberi kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan,
pasukan beruniform dan muzik.
k. Calon-calon yang layak akan dimaklumkan status permohonan mereka
melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
l. Sesi temuduga bagi calon-calon dari Semenanjung Malaysia akan diadakan
pada minggu kedua Januari 2016, manakala bagi calon-calon dari Sabah
dan Sarawak akan diadakan pada minggu ketiga Januari 2016.
m. Hanya calon yang berjaya dalam temuduga akan ditawarkan mengikut
pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2016.
3. Permohonan kemasukan adalah melalui pengisian borang permohonan secara
atas talian melalui laman web http://www.rmc.edu.my/
4. Tarikh tutup permohonan ialah 30 November 2015.
5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon
03-89465565/03-89655562.