28 Feb 2016

PELANCARAN SKUAD A PT3 & SPM 2016

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Pelancaran Skuad A PT3 dan SPM 2016 telah dilancarkan secara rasmi oleh Tn Pengetua En Isa bin  Safie pada 15 FEB yang lalu. Semoga  majlis ini dapat menyuntik semangat calon PT3 dan SPM dalam merealisasikan kejayaan yang cemerlang 2016.








14 Feb 2016

PELANCARAN GURU PENYAYANG DAN KEMPEN ANTIBULI SMKB 2016

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.

Pada 3 Feb yang lalu telah diadakan majlis pelancaran Guru Penyayang dan Kempen Antibuli SMKB 2016. Majlis dirasmikan oleh Tn Pengetua En. Isa bin Safii. Guru-guru dan pelajar yang lahir dalam bulan Januari dan Februari diraikan. Pada masa yang sama GPK HEM Pn. Hamizah bt Omar telah menyampaikan taklimat mengenai buli.Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini. Kek dan minuman sumbangan ikhlas Pn. Hamizah. Terima kasih puan.










12 Feb 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG dan HAC 2016

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan izinNya Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Anugerah Cemerlang bagi tahun ini dapat diadakan pada 30 Jan 2016 . Sekalung Penghargaan kepada YH Dato; Sri Mohamad Zaini bin Hj Salleh ( Ahli Majlis Perbandaran Bentong) yang sudi merasmikan majlis tersebut. Terima kasih juga kepada YH Dato Sri yang telah menhulurkan sumbangan  RM10,000 kepada tabung PIBG SMK Bentong. Tahniah kepada semua penjaga yang hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG serta tahniah juga kepada pelajar penerima anugerah.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.


5 Feb 2016

ORIENTASI PELAJAR BARU ASRAMA 2016

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Program Orientasi Asrama bagi sesi 2016 telah diadakan pada 201/1/2016. Seramai 41 orang penghuni baru asrama mengikuti program ini.








4 Feb 2016

SAMBUTAN MAULUD RASUL SMKB 2016

Assalamulaikum.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Alhmadulillah sambutan hari maulid tahun ini telah diadakan pada 22 Jan 2016 yang lalu.
Semoga usaha ini dapat menguatkan lagi kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW.
Terima Ustaz Hj Junadi bt Jaafar kerana menyampaikan perkongsian ilmu semepana sambutan ini.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.