31 Mar 2016

PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH SMKB 2016


Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Unit PPDa SMKB telah mengadakan Minggu Anti Dadah SMKB 2016.
Pelancaran pada 21 Mac yang lalu telah disempurnakan oleh Yang Arif Tn Murtazadi bin Amran ( Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh). Sekolah merakam setinggi penghargaan kepada Yang Arif di atas kesudian merasmikan Mingu Anti Dadah SMKB dan juga telah menyampaikan perkongisan ilmu " Peringatan Tentang Dadah ".Prgoram  selama seminggu diisi dengan aktiviti ceramah, pertandingan melukis poster , kempen Nafas Segar sert Kuiz PPDa.


Yang Arif Tn Murtazadi ( Hakim Mahkamah Sesyen)





20 Mar 2016

SELAMAT DATANG PN NORANI BT MOHD LUDIN DAN SELAMAT BERTUKAR EN. ISA BIN SAFIE..

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Warga SMKB merakam jutaan terima kasih dan selamat bertukar kepada Tn Pengetua  En. Isa bin Safie yang bertukar ke SMK Jengka 24 mulai 17 Februari yang lalu. Warga SMKB juga mengalu-alukan kedatangan Pn Norani bt Mohd Ludin ke SMK Bentong mulai 22 Febrauari yang lepas. Semoga kehadiran Pn Pengetua dapat menjana kecemerlangan anak didik SMKB.

MAJLIS PERPISAHAN.




MAJLIS MERAIKAN PN NORANI...



14 Mar 2016

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Image result for pismp 2016
Kepada lepasan SPM lahir pada Jun 1996 dan selepasnya boleh memohon  PISMP Ambilan Jun 2016 di

https://pismp.moe.gov.my/iklan_pismp.cfm 
Tarikh dibuka : 10 MAC 2016
Tarikh tutup    : 27 MAC 2016.

9 Mar 2016

Program Diploma Politeknik Sesi Jun 2016 untuk Lepasan SPM

Assalaumualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Image result for politeknik
Kepada lepasan SPM yang berminat boleh memohon program Diploma Poleteknik Sesi Jun 2016.
Sila ke url berikut untuk maklumat lanjut :  http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

2 Mar 2016

KARNIVAL PENDIDIKAN NEGERI PAHANG 2016

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Semua lepasan SPM dan STPM 2015 serta calon SPM dan STPM 2016 dijemput hadir.
Tempat : WISMA BELIA , KUANTAN
Masa    :  8.30pg - 5.00ptg