28 May 2016

RAI HARI LAHIR MURID DAN GURU MAC & APRIL.

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa
Selamat hari lahir ...semoga sentiasa dalam lindungan Allah aamin. Guru dan murid yang lahir bulan Mac & April.diraikan pada 29 April yang lalu. Terima kepada penyumbang cenderamata dan kek.











25 May 2016

LAWATAN AKADEMIK MAHASISWA IJAZAH SARJANA MUDA UKUR BANGUNAN UITM.

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa
Syukur ke hadrat Allah SWT dengan izinnya Mahassiswa Ukur Bangunan UiTM Shah Alam dapat mengadakan lawatan akdemik ke SMK Bentong dan bersama dengan Calon SPM 2016 SMKB. Terima kasih kepada UiTM yang telah memilih sekolah kami untuk program ini. Program ini memberi impak yang berkesan dalam menanam semagat kepada pelajar tuntuk meningkatkan prestasi sebagai pelajar yang cemerlang.









11 May 2016

HEBAHAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE UA/POLITEKNIK PREMIER 2016/17 BAGI CALON SPM



Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Image result for hebahan ke ua
Keputusan permohonan calon lepasan SPM  ke UA/ Politeknik Premier 2016/17 boleh disemak mulai
16 Mei 2016.
http://upu.mohe.gov.my/web/

10 May 2016

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU CIKGU SABRI...

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Sudah lumrah kehidupan bertemu dan berpisah adat biasa.SMKB kehilangan seorang lagi warga pendidik yang akan bertugas sebagai Penolong Pengarah  di Bahagian Pendidikan Guru, Putrajaya mulai 25 April yang lalu. Terima kasih Cikgu Sabri selamat bertugas ditempat baru. jasamu tetap dikenang oleh warga SMKB.










5 May 2016

SEGI UNIVERSITY PERKONGSIAN ILMU

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Pada 13 April yang lalu seramai 40 orang pelajar  T5 ST dan T5 SS SMK Bentong telah berpleuang melawat ke Segi University Kota Damansara. Perkongsian ilmu dengan Fakulti Perubatan  sangat bermakna dan membuka peluang kepada pelajar dalam bidang berkenaan diamping meningkatkan lagi motivasi diri melalui aktiviti yang interaktif. Terima kasih kepada Zylim dari ZEN Education yang menganjur lawatan ini. Terima kasih juga kepada Segi University.





Add caption







3 May 2016

PERKONGSIAN ILMU BERSAMA PEMADAM DAN PEJABAT KESIHATAN BENTONG

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Pada 6  April telah diadakan program perkongisan ilmu bersama PEMADAM dan Pejabat Kesihatan Bentong sebagai pengisian sempena Minggu Anti Dadah SMKB 2016. Terima kasih JKK Bukit Piatu yang telah menganjurkan program ini. Ceramah PEMADAM disampaikan oleh Pn. Asmah semnetara Ceramah HiV dan Aids oleh Dr Aishah Jemilah dari  Pejabat Kesihatan Bentong.
Setiausaha PEMADAM Bentong





Penyampaian cenderamat oleh Pn Norani kepada Pn. Asmah

Penyampaian cenderamat oleh Pn Norani kepada Dr Aishah Jemilah