INFO SMKB

LENCANA SEKOLAH
VISI SEKOLAH

SMK BENTONG MENJANA PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK DAN NEGARA SEJAHTERA.

MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SEJARAH SMK BENTONG

Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Aneka Jurusan. Sekolah Menengah Aneka Jurusan telah ditubuhkan pada 1.1.1965. Selama setahun sejak penubuhannya, sekolah ini menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Tuanku Fatimah, Bentong pada sesi petang. Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong ini siap dibina pada awal tahun 1966. Pada peringkat awal, sekolah ini hanya terdiri daripada tiga ( 3 ) blok bangunan iaitu dua ( 2 ) bangunan untuk pentadbiran dan kelas ( Blok A dan Blok B ) dan satu blok asrama.
Guru Besar SMK Bentong yang pertama ialah Encik Mohd. Nor bin Hj. Osman. Akibat daripada pertambahan pelajar, bangunan sekolah telah dibina untuk menampung keperluan pelajar. Pada tahun 1975 satu blok asrama dan blok C telah dibina. Manakala blok D dan blok E telah siap dibina pada tahun 1988 dan 1990.
Asrama sekolah ini pada peringkat awal penubuhannya hanya terhad kepada pelajar puteri dari SMK Bentong dan SMK Sulaiman.Bermula pada tahun 1991, asrama SMK Bentong dikhususkan kepada pelajar putera dan puteri SMK Bentong sahaja. Sekolah ini menerima pelajar dari sekitar Daerah Bentong seperti dari Kampung Benus, Felda Lurah Bilut, Felda Mempaga, Sertik dan Simpang Pelangai.

 
ASAL USUL NAMA SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong mengambil sempena nama bandar Bentong.  Menurut sumber masyarakat tempatan, Bentong berasal daripada nama sejenis pokok buluh iaitu Buluh Betung yang banyak terdapat di kawasan ini.
Sumber yang lain menyatakan bahawa semasa British datang ke Pahang mereka telah melalui jalan yang mempunyai banyak selekoh.  Mereka menyebut tempat ini sebagai ” Bent-Town” .  ” Bent” yang membawa maksud selekoh.  ”Town” yang membawa maksud bandar.  Sebutan itu akhirnya bertukar menjadi Bentong.
Menurut sumber masyarakat cina di daerah ini.  Bentong berasal daripada perkataan dalam loghat Hakka iaitu ” woon-chung” yang bermaksud bandar yang tidak akan ditinggalkan.  Masyarakat cina datang ke sini dibawa oleh Inggeris untuk bekerja di lombong bijih milik Inggeris pada tahun 1910.  Oleh sebab itu mereka menamakan ” woon-chung ” yang akhirnya di sebut Bentong kerana tempat ini menjamin kehidupan mereka.

LATAR BELAKANG
            
SMK Bentong adalah sekolah menengah harian berasrama di kawasan Bandar.  SMK Bentong terletak kira-kira 5 km dari pusat Bandar Bentong.  SMK Bentong mempunyai 7 blok bangunan yang lengkap dengan kemudahan 22 bilik darjah, 6 makmal sains, bilik akses, pusat sumber dan lain-lain.  Ia juga mempunyai kemudahan dewan, surau dan makmal komputer.  SMK Bentong juga mempunyai 4 blok asrama yang mampu menempatkan kira-kira 400 penghuni asarama.  Mempunyai 4 buah kuarters guru.

SMK Bentong diterajui oleh Tn. Haji Ismail bin Endot selaku pengetua dan dibantu oleh 3 orang GPK iaitu En. Azman bin Yaakob  ( GPK  Pentadbiran ), Pn. Zarimah bt. Zakaria ( GPK HEM ) dan En. Pudian Rahim bin Abdul Wahid ( GPK Kokurikulum) . Dalam bidang   kurikulum  terdapat  empat orang ketua bidang iaitu Pn. Moliza bt.  Abd. Moner ( Bidang Bahasa ), Pn. Radhiah bt. Hassan ( Bidang Sains & Matematik ),  Pn. Jemilah bt. Ahmad Malek ( Bidang  Kemanusiaan ) dan  Faridah Hanim bt. Ahamad ( Bidang Tek. Vok )Terdapat seramai 57 orang guru dan 20 orang kakitangan sokongan.

SMK Bentong mempunyai 24 kelas dan pelajarnya kira-kira 700 orang.  Pencapaian pelajar dalam bidang kurikulum adalah di kedudukan ke-3 didaerah Bentong dan ke-36 di negeri Pahang.  Dalam bidang kokurikulum pula, pencapaian pelajar agak membanggakan dan sentiasa mendapat tempat baik peringkat daerah, negeri maupun kebengsaan.

 LENCANA SEKOLAH

Putih – melambangkan kesucian / keikhlasan dan kebersihan / satu wadah    ilmu

Biru – melambangkan pendidikan yang merangkumi skop yang luas / perpaduan yang utuh

   Kuning – Melambangkan ketaatan kepada raja dan negara

   Merah – melambangkan keberanian dalam mencari ilmu / mempertahankan diri

   Tiga Bulatan Berantai – melambangkan Koloboratif  / Partisipatif / Ownership

   Pen – melambangkan wahana untuk mencari / menimba ilmu / kepentingan ilmu

   Roda – melambangkan berteraskan sains dan teknologi

   Padi – melambangkan budi pekerti yang tinggi / berakhlak mulia merangkumi nilai  murni   
   / jadi diri

 


No comments:

Post a Comment