Pages

27 Aug 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...


 


Assalamualaikum.
Selamat menyambut Aidil Fitri 1433H. Tahniah kerana berjaya menjalani madrasah tarbiah Ramadhan. Semoga amalan sepanjang bulan ramadhan dapat diteruskan. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan nikmatnya untuk meneruskan kehidupan ini.

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga sekolah khususnya warga SMKB. Kepada calon PMR selamat menduduki percubaan yang sedng berlangsung.Kepada calon SPM pula anda perlu bersedia kerana Percubaan SPM akan bermula pada 3 Spt. nanti. Peljar lain juga janganlah leka kerana peperiksaan akhir tahun sedia menanti anda, Adakah nada telah bersedia?. Tepuk dada tanyalah selera

Sebagai panduan kepada semua pelajar  ada beberapa persediaan yang perlu dilakukan bagi menghadapi peperiksaan.

1. PERSEDIAAN MENTAL
   Bersikap positif dengan peperiksaan
   Kuatkan ingatan dengan mengulangkaji

2. PERSEDIAAN ROHANI
   Jaga Solat
   Perbanyakkan amalan sunat
   Elakkan perkara maksiat kerana ia menggelapkan hati
3 PERSEDIAAN EMOSI
   Tenangkan hati
   Elakkan konflik
   Berprasangka baik pada semua orang
   Jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa dan Guru

4. PERSEDIAAN FIZIKAL
    Jaga kesihatan melalui pemakanan yang disarankan
    Elakkan akrtiviti yang memudaratkan agar tidak menjejaskan kesihatan

5.   PERSEDIAAN PERALATAN    
     Alat tulis dan semua keperluan yang diarahkan bawa ke dewan mesti lengkap agar  tidak mengganggu 
     proses menjawab

Tahniah kepada semua yang telah bersedia untuk mengharungi ujian sebenar. Selamat maju jaya.




No comments:

Post a Comment