Assalamulaikum dan Salam 1M.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan rahmat dan keampunannya kita telah berjaya meneruskan ibadah puasa hingga ke fasa ketiga ramadhan iaitu pembebasan dari api neraka. Beruntunglah hamba Allah yang masih dapat meneruskan ibadah puasa dengan mengerjakan solat tarawikh serta solat malam di sepanjang sepuluh malam terakhir ramadhan ini.
Sesungguhnya Allah amat menyayangi kita umat Rasulullah SAW dianugerahkan pahala yang berganda dan kelebihan malam Lailatul Qadar yang pahalanya bersamaan beribadat selama 83 tahun.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (QS. Al-Qadar: 1-5)