10 Feb 2011


ADAKAH ANDA TAHU?

Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara profesional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor untuk membantu klien, meneroka, menganalisis memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri mengikut Kod Etika kaunselor(Peraturan-peraturan– kelakuan dan tatatertib 1999 dan Akta Kaunselor 1998).

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling merupakan perkhidmatan memberi pertolongan dan bukan memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat keputusan tentang apa yang harus individu berkenaan lakukan.

Matlamat Umum Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling

¨ Mempertingkatkan kemahiran menghadapi perubahan

¨ Mempertingkatkan kemahiran membuat keputusan.

¨ Memperkembangkan potensi diri.

¨ Perubahan tingkahlaku

¨ Memperbaiki hubungan dengan individu lain.

¨ Mengajar klien bertanggungjawab atas diri sendiri.

¨ Baiki imej diri yang negatif.

¨ Mempertingkatkan kemampuan menyelesaikan masalah yang dihadapi

¨ Melegakan tekanan & konflik

INGATLAH, KAUNSELING BUKANNYA…

1. Kaunselor memberi nasihat

2. Psikoterapi

3. Rawatan pesakit mental yang teruk

4. Bercakap dan bercakap tanpa tindakan

5. Menyelesaikan semua masalah kehidupan

9 Feb 2011

KATAKAN TAK NAK KEPADA BULI

Buli... Katakakan tak nak kepada buli. Sekolah seharusnya menjadi tempat yang sangat kondusif bagi pelajar untuk menimba ilmu. Namun perbuatan buli berlkau jua walau sekadar kecil tapi kesannya amat berat kepada mangsa'Dalam usaha mencegah perbuatan ini Unit Kaunseling , Unit Disiplin dan Bina Insdan sama-sama mengadakan program " Katakakan Tak Nak Kepada BULI". Kempen ini telah dilancarkan oleh GPK HEM Pn. Zarimah Zakaria pada hari Isnin yang lalu bersamaan 7 Februari 2011.

POLISI BULI

“ Bahawasanya, pengetua, guru-guru, staf, pengawas, pelajar di sekolah ini menentang sekeras-kerasnya perbuatan membuli oleh warga sekolah dan sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan jenayah ini.”