30 Aug 2013

SALAM KEMERDEKAAN KE 56



Assalamualaikum dan Salam 1M.
Selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke 56. Semoga negara kita dikurniakan keamanan dan kestabilan selamanya, amin.
Sebagai  rakyat malaysia kita seharusnya berbangga dengan negara kita sendiri. Syukur dengan nikmat yang melimpah dikurniakan Allah kepada negara yang kita cintai. Sejauh  mana kita menghargai kemerdekaan dan keharmonian terletak kepada diri masing-masing. Sama-samalah kita menjaga ketenteraman negara ini. Kemerdekaan yang dikecapi seharusnya dihargai dan tidak pula menuntut kita mengabaikan ajaran agama kita.
Salam 1M dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 56 Tahun 2013.



18 Aug 2013

IHYA RAMADHAN DAN KONSULTASI KEIBUBAPAAN PENJAGA PMR/SPM.

Assalamualikum dan Salam 1M.
                                                                         1. Ihya Ramadhan.

Sesungguhnya Ramadhan merupakan madrasah untuk mentarbiah diri khususnya umat Islam. Sepanjang ramadhan unit Bina Insan SMKB telah mengadakan aktiviti tazkirah Ramadhan semasa rehat, tadarus Al'Quran , Kuiz Ramdhan  Majlis Khatam Al Quran dan Cearamah Nuzul AlQuran. 
Semoga latihan melalui aktiviti ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Tazkirah

Majlis Khatam AlQuran diketuai oleh Ustaz Abdul Aziz

Ceramah Nuzul AlQuran Oleh Ustaz Hashim.

Penyampaian Sumbangan Kepada Anak Yatim


Penyampaian Hadiah ? Cenderamata kepada Pemenang Kuiz serta perserta Khatama AlQuran.
2. Konsultasi Keibubapaan Penjaga PMR/ SPM 2013

    Program ini telah diadakan pada 19 Julai 2013 ( Jumaat).
    Tema : KECEMERLANGAN BERMULA DARI RUMAH.
    Penceramah : Pn. Nur Anisah Bt Mohd Afandi ( AURA IMTIYAZ CONSLTANCY)
    Anjuran :  Unit Bimbingan dan Kaunseling dan PIBG







6 Aug 2013

SALAM AIDILFITRI 1434h.





Assalamulaikum dan Salam 1M.

Sekolah telah mula bercuti . Rata-rata pelajar telahpun pulang ke kampung mengikut keluarga. Dalam suasana menyambut hari raya sama-samalah kita hargai kehidupan dengan melakukan perkara yang berfaedah, Kepada calon UPSR/ PMR dan SPM pandailah mengagih masa cuti supaya tidak berlalu begitu sahaja. Raya dan persiapan peepriksaan sama-sama dititik beratkan.
Selamat menyambut hari lebaran 1 Syawal 1434H. Semoga keluarnya daripada madrasah Ramadhan mendidik kita menjadi insan yang bertaqwa , insyaAllah.