25 May 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Sambutan hari guru SMKB tahun ini adakan pada 16 Mei . Berbagai aktiviti yang telah disediakan oleh badan pengawas. Syabas kepada badan pengawas yang mengelolakan sambutan ini. Ingin saya berkongsi sebuah sajak yang ditulis dan disampaikan sendiri oleh GPK Kurikulum En. Azman Yaakob untuk renungan kita bersama.

Guru bukan macam papan skete

Belum main, gilap…

Dah main, pijak...

Guru bukan macam bola sepak

Belum dapat, kejar

Dah dapat, tendang...

Guru bukan macam bulu tangkis

Belum main, pegang dan diusap bulunya...

Dah main, pukul...

Guru ibarat macam bola ragbi

Belum dapat rebut...

Dah dapat peluk...

Guru macam jari

Lukanya sembuh sendiri...

Tapi hilangnya tiada ganti...

Guru sahabatku

Jika usaha mu dilupai

Jika pengorbanan mu tidak dihargai

Jika keringat mu tidak disanjungi

Jika penat lelah mu tidak dipeduli

Janganlah berkecil hati

Tanpa anugerah duniawi

Keikhlasan, kemuliaan tetap Allah catat sebagai bekalan alam yang abadi

Guru yang beriman ibarat mentari yang berkilau...

Guru yang sejati pewangi yang mengharumkan...

Guru yang setia menjadi pendorong setiap impian

Guru berhati mulia membawa 1000 kebahagiaan

Moga dinobatkan guru cemerlang dunia dan akhirat.

12 May 2011

SEKITAR SEMINAR PMR DAN SPM YANG TELAH DIADAKAN

EN, ROSLAN KAMARUDDIN- MATEMATIK T 5




SEMINAR BAHASA ARAB - USTAZ FATHULMUIM B. BUSTAMAN