30 Dec 2011

TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS.

Cikgu Sofian( Baju Putih)
Tahniah kepada Cikgu Jumat Hamidi yang telah dilantk sebagai GPK Ko di SMK Bukit Tinggi. Jasamu tetap dikenang semoga terus berjaya ditempat baru. Insyaallah.
Tahniah juga kepada Cikgu Sofian yang telah ditawarkan sebagai Pensyarah Eletrikal di Politeknik Mukah Sarawak. Semoga terus cemerlang dengan kerjaya yang baru.

22 Dec 2011

MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING NEGERI PAHANG


Program ini telah diadakan di SMK Bentong pada 11 dan 12 November yang lalu.Antara aktiviti yang telah dilaksanakan seperti pertandingan Blog UBK, Video Koperat, Facebook dan My Talent. Terima kasih PPD Bentong yang telah memilih SMKB sebagai tuan rumah program peringkat negeri bagi tahun 2011.



30 Nov 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433

Salam dan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini ditingkatkan  keimanan dalam menjalani kehidupan dengan redha dan hidayah ilahi. Amin.

14 Nov 2011

PERJUANGAN BERMULA ...SPM 2011










Salam dan SELAMAT MENDUDUKI SPM 2011 kepada semua calon SPM dan calon SMKB khususnya Hari ini perjuangan anda bermula. Insyaallah doa kami warga SMKB dan keluarga mengiringi usaha akhir anda untuk mendapat yang terbaik dalam peperiksaan.
Persediaan akhir sebelum peperiksaan...

10 Nov 2011

TEMPAHAN NO PIN UPU 2012 TELAH DIBUKA.

Salam, berita gembira bagi calon SPM 2011 mengenai tempahan nombor pin upu bagi kemasukan ke IPTA/ TEVT/ ILKA 2012 telah mula dibuka.

9 Nov 2011

MAKLUMAN PERMOHONAN TEKNIK DAN VOKASIONAL.

Salam dan selamat menyambut Aidil Adha.kepada semua warga SMKB. Setelah bercuti selama empat hari , hari ini kita kembali ke sekolah untuk meneruskan perjuangan .