30 Aug 2017

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2017

Assalamualaikum dan Salam Negaraku Sehati Sejiwa.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2017 kepada semua rakyat Malaysia.
SMK Bentong juga tidak ketinggalan dalam mengada pelancaran sempena Hari Kemerdekaan bagi tahun 2017. Gimik pelancaran oleh Pn. Norani bt Mohd Ludin (Pengetua) dengan melepaskan burung dari sangkar. Terima kasih kepada J/kuasa Majlis Pelancaran Bulan Kemrdekaan SMKB 2017. Terima kasih kepada semua warga yang menjayakan majlis ini.



















26 Aug 2017

JASAMU DIKENANG...TN HJ ABDUL MUNIR

Assalamualaikum dan Salam Negaraku Malaysia Sehati Sejiwa.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang masih memberi ruang untuk kita menghirup udara ini. dan meneruskan kehidupan. Pada 31 Julai 2017 yang lalu sekolah mengadakan majlis persaraan Tn. Hj Munir yang lebih mesra dengan panggilan  Cikgu Munir.Beliau telah berkhidmat selama 34 tahun. Mula bertugas pada tahun 1983. Antara sekolah yang telah berkhidmat adalah SMK Katholik, SMK Kg Sertik, SMK Karak dan sekolah terakhir di SMK Bentong. Terima kasih cikgu. Selamat bersara.
















21 Aug 2017

SEKITAR MSU NATIONAL INFOHUNT 2017.

Assalamualaikum dan Salam Negaraku   Sehati Sejiwa.
Terima Kasih En Aiman ( MSU ) yang memberi peluang kepada SMK Bentong menyertai MSU National Infohunt @017 yang berlangsung di MSU Shah Alam pada 26 Julai yang lalu. Banyak pengalaman yang ditimba oleh Team Infohunt SMK Bentong disepanjang aktiviti ini.











10 Aug 2017

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Empat Maktab Tentera Diraja (MTD)

Assalamualaikum dan Salam Negaraku 1 Malaysia.
 
Kepada calon PT 3 2017 yang berminat untuk memohon ke T4 Maktab Tentera Diraja bagi sesi 2018/19 boleh membuat permohonan secara atas talian di pautan berikut : http://rmc.clobas.com/Admin/onlineadmissionform.aspx

9 Aug 2017

NATIONAL VARSITY GUIDANCE 2017

Assalamualaikum dan Salam Negaraku 1 Malaysia.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah  dengan izinnya Kolej Ketujuh Universiti Malaya telah mengadakan Program National Varsity Guidance bersama pelajar T5 SMK Bentong. Aktiviti yang dijalankan sangat bermakna dalam memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang pemilihan UA dan juga bidang pengajian. Terima Kasih kepada Team Siswa-siswi Kolej Ketujuh UM yang telah menjayakan program ini.