28 Dec 2016

VIDEO IMBASAN AKTIVITI PT3 2016

Assalamualaikum dan Salam sehati Sejiwa.
Antara aktiviti yang dapat dijalankan sepanjang program Pasca PT3 . Peertandingan Memasak PT3. Terima kasih kepada En. Mazlan ( Lemang Toki ) yang menyumbang hadiah dan bersama disepanjang pertandingan memasak PT3. Tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada Ustazah Nursalimina yang telah menjayakan program Pengurusan Jenazah. Semoga usaha ini dapat meningkatkan ilmu anak-anak PT3. Disamping itu juga  Taklimat Kolej Vokasional yang disampaikan oleh Pn. Mas Ayu kaunselor Kolej Vokasional TAA Bentong.
Sementara program lawatan pula adalah ke Sungai Lembing untk pendedahan mengenai sejarah Lombong Terbuka yang terbesar  didunia. Lawatan ke Muzium Sungai Lembing dan juga Lawatan ke Lombong.



27 Dec 2016

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU PN NOOR ISMALA...

Assalamualaikum dan salam Sehati Sejiwa.
Pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa. Tahniah kpeada Pn.Noor  Ismala yang akan bertukar ke Kedah dan semoga berbahagia disamping suami yang tercinta. Terima kasih di atas sumbangan jasa dan tenaga di SMK Bentong. JASAMU DIKENANG.Terima kasih cikgu..

21 Dec 2016

PERMOHONAN KE TINGKATAN 4 SBP 2017

Assalamualaikum dan SalamSehaati Sejiwa.
Image result for imej sbp

Kepada lepasan PT3 yang berminat untuk memohon ke Tingkatan 4  Sekolah Berasrama Penuh boleh membuat permohonan di atas talian mulai 1 Dis hingga 30 Dis 2016.
https://sst4.moe.gov.my/spat4_mohon/log_masuk.cfm

SEMAKAN TAWARAN KE SBP TINGKATAN 1/2017

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
 
Kepada pelajar yang telah memohon ke Sekolah Berasrama Penuh boleh menyemak permohonan mulai 19 Dis 2016. Tahniah kepada calon yang berjaya .Calon yang gagal boleh membuat rayuan sebelum 5 Januari 2017. https://sst1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/index.cfm

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SM TEKNIK 2017.

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Pelajar PT3 yang berminat untuk ke koleh vokasional dan SM Teknik masih boleh mengisi permohonan secara online sehingga 25 Dis 2016.
https://sptv.moe.gov.my/mohon_kvsmt/index.cfm

20 Dec 2016

PT3 SMK BENTONG 2016

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Alhamdulillah dan tahniah kepada semua pelajar PT3 di atas pencapain PT3 2016. Tahniah Nor Hanis Natasya yang telah mendapat keputusan cemerlang dengan 11A. Tahniah juga kepada mereka yang mendapat 9A, 8A.,7A , 6A dan 5 A. Apapun keputusan peluang msih terserlah untuk mereka memperbaiki potensi masing-msing di tingkatan empat nanti.
TAHNIAH TERBAIK 11 A