30 Aug 2012

SALAM KEMERDEKAAN KE 55.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg70w10k6rX6Ds6luHagYetPO9nOLCWfUnSCu4R9jHWOZtAsiAGPr9hrw9mUPZ-akEsr3gEJ4GZOR9-ihBdAehf9C_u0yYkMeLM0ox5fReg58JnZGI2pVWn0LyK9IfRkjAq8sCxvPLHKGI/s1600/merdeka.gif
See full size image  













Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.




27 Aug 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...


 


Assalamualaikum.
Selamat menyambut Aidil Fitri 1433H. Tahniah kerana berjaya menjalani madrasah tarbiah Ramadhan. Semoga amalan sepanjang bulan ramadhan dapat diteruskan. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan nikmatnya untuk meneruskan kehidupan ini.

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga sekolah khususnya warga SMKB. Kepada calon PMR selamat menduduki percubaan yang sedng berlangsung.Kepada calon SPM pula anda perlu bersedia kerana Percubaan SPM akan bermula pada 3 Spt. nanti. Peljar lain juga janganlah leka kerana peperiksaan akhir tahun sedia menanti anda, Adakah nada telah bersedia?. Tepuk dada tanyalah selera

Sebagai panduan kepada semua pelajar  ada beberapa persediaan yang perlu dilakukan bagi menghadapi peperiksaan.

1. PERSEDIAAN MENTAL
   Bersikap positif dengan peperiksaan
   Kuatkan ingatan dengan mengulangkaji

2. PERSEDIAAN ROHANI
   Jaga Solat
   Perbanyakkan amalan sunat
   Elakkan perkara maksiat kerana ia menggelapkan hati
3 PERSEDIAAN EMOSI
   Tenangkan hati
   Elakkan konflik
   Berprasangka baik pada semua orang
   Jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa dan Guru

4. PERSEDIAAN FIZIKAL
    Jaga kesihatan melalui pemakanan yang disarankan
    Elakkan akrtiviti yang memudaratkan agar tidak menjejaskan kesihatan

5.   PERSEDIAAN PERALATAN    
     Alat tulis dan semua keperluan yang diarahkan bawa ke dewan mesti lengkap agar  tidak mengganggu 
     proses menjawab

Tahniah kepada semua yang telah bersedia untuk mengharungi ujian sebenar. Selamat maju jaya.




13 Aug 2012

IHYA RAMADHAN SMKB 1433H


Assamualaikum .Alhamdulillah kita sudah pun berada di fasa ketiga bulan ramadhan. Insyaallah dngan ketentuannya kita dapat melaksanaan ibadah ini dengan ikhlas. Di 10 hari terakhir bulan ini sama-amalah kita merebut peluang mencari keredhaan Allah semoga kita berbahagia di dunia dan akhirat.
Unit Bina Insan telah melaksanakan beberpa aktviti di sepanjang ramadhan tahun ini. Di antaranya Majlis Tadarus Al'Quran pada 3 Ogos , Kuiz Ramdhan Almubrak, Tazkirah  dan juga Ceamah Nuzul Al'Quran pada 10 Ogos yang lalu. Caramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zamri bin Basri , Pegawai J-Qaf Pejabat Pelajaran Daerah Bentong. Terima kasih ustaz dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan aktiviti ihya ramdhan bagi tahun ini.




Ustaz Mohd Zamri bin Basri (Pegawai J-Qaf PPD Bentong).





8 Aug 2012

NUZUL AL QURAN 1433H

Assalamualaikum. Marilah kita bersama-sama menrafakkan kesyukuran ke hadrat Allah swt dengan izin dan rahmatNa kita masih lagi bernafas dan menunaikan ibadah puasa bagi tahun ini. Hari ini adalah hari ke 18 .
Semalam  Nuzul Quran adalah hari yang telah iturunkan AlQuran  kepada kita umat Islam khasnya dengan tujuan menjadi panduan kepada kita bagi mengisi perjalanan  menuju ke akhirat. Sesungguhnya beruntunglah umat yang beriman dengan kitab Allah . Semoga kita dimasukkan ke dalam golongan hamba yang mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepada kita. Iman dan taqwa sebagai batas perbuatan kita bersandarkan Alquran dan juga Sunnah nabi.
Dengan mengingati dan menghayati AlQuran insyaalah kita dapat kebahagiaan dalam  diri sendiri dan juga umah semua.
         
Saya mengajak diri sya dan saundara sama-samalah kita meningkatkan penghayatan Alquran khususnya di Ramadhan. Seterusnya di istiqamah dibulan-bulan yang lain..