25 Jul 2015

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN INFAQ RAMADHAN 1436H.

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Selamat menyambut Aidil Fitri 1436 H. Semoga selama sebulan kita telah ditarbiahkan melalui Ramamadhan dapat meningkatkan keimanan dan terus istiqamah dalam menjalani kehidupan ini . Insyaallah.
Sebelum sekolah bercuti telah diadakan majlis Khatam Alquran dan juga penyampaian  Infaq Ramadhan kepada anak-anak yatim  dan pelajar miskin  SMKB pada 14 Julai 2015 bersamaan 27 Ramadhan 1436H. Terima kasih kepada semua yang menghulurkan sumbangan.


15 Jul 2015

SELAMAT HARI RAYA...

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Semoga Ramadhan yang kila lalui ini memberikan kita kelebihan dan amalan kita mendapat redha yang maha Esa. Selamat bercuti dan pulang ke kampung bersama keluarga tercinta. Hati-hati dijalan raya. Biar lambat asalkan selamat. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Image result for selamat hari raya

7 Jul 2015

PROGRAM CAKNA UNDANG-UNDANG 2015

Assalamualaikum dan Salam 1M.


Program telah diadakan pada 3 Julai 2015 yang lalu. Pegawai Perhubungan Sekolah Inspektor Nurhuda binti Muhamed Fadzil hadir untuk menjayakan program ini. Semoga info dan peringatan yang telah dinyatakan dapat meningkatkan lagi disiplin diri pelajar SMKB . Pihak sekolah merakam ucapan terima kasih diatas kesudian Inspektor Nurhuda hadir . Turut bersama Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah Sarjan Rahim.

6 Jul 2015

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI SESI 2016/17

Assalamulaikum dan Salam 1M.

 PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI  2016/2017 telah dibuka mulai 1 Julai 2015 sehingga 10 Oktober 2015. Pelajar yang berminat boleh mendapatkan No. Pin dengan harga RM 6.00 di BSN. Untuk maklumat lanjut sila ke url berikut : https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/index.cfm

MALAM AL-QADAR...

Assalamualaikum

Salam Nuzul Quran yang telah berlalu pada 17 Ramadhan. Isnyaallah kini kita mencari pula Lailatul Qadar yang merupakan satu anugerah yang Allah janjikan ganjaran pahala  seribu bulan .