25 Dec 2014

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU SBP 2015.



Assalamulaikum dan Salam 1M.

Kepada calon yang telah memohon ke Sekolah Berasrama Penuh KPM bagi sesi 2015 boleh membuat semakan status permohonan mulai hari ini 25 Disember 2014. Semkan melalui  Portal KPM  ( http://www.moe.gov.my/ ) atau ke url berikut : http://apps5.moe.gov.my/permohonansst1/semakansbpt1_2015/

22 Dec 2014

TAHNIAH KEPADA CALON PT3 2014.

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Hari keputusan PT3 2014 telah dimumkan. Tahniah kepada semua calon yang telah berjaya menduduki PT3.  Kepada calon yang ingin memohon ke sekolah berasrama penuh (SBP) permohonan masih dibuka sehingga 30 Disember 2014.

Permohonan ke Kolej Vokasional dan SM Teknik pula masih dibuka sehingga 26 Dis 2014.

4 Dec 2014

PERMOHONAN KE TINGKATAN 4 SBP 2015.

Assalamulaikum dan Salam 1M.


Kepada pelajar PT3 2014 yang berminat untuk memohon ke Sekolah Berasrama Penuh KPM boleh membuat permohonan secara di atas talian di url berikut :
http://apps5.moe.gov.my/permohonansst4/spat4_2015/log_masuk.cfm
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Disember 2014.

3 Nov 2014

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2014.

Assalamualaikum dan Salam 1M.


KEMASUKAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL & SM TEKNIK 2015.

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Kepada semua lepasan PT3 2014 yang ingin memohon ke Kolej Vokasional dan SM Teknik 2015 boleh membuat permohonan secara online mulai 3 NOV 2014 melalui url berikut: http://apps5.moe.gov.my/sptv/kvsmt_2015/

Tarikh tutup permohonan pada 14 DISEMBER 2014.

2 Oct 2014

PERMOHONAN ONLINE KE TINGKATAN SATU SBP 2015

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Kepada ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6 sesi 2014 yang ingin memohon kemasukan ke Tingkatan Satu  sekolah berasrama penuh KPM 2015 boleh membuat permohonan di atas talian di url berikut :http://apps5.moe.gov.my/permohonansst1/spat1_2015/
Tarikh permohonan dibuka : 01 OKTOBER 2014
Tarikh tutup                        : 30  OKTOBER 2014.


19 Sept 2014

KLINIK BERHENTI MEROKOK 2014.

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Alhamdulillah dengan izinNya Klinik Berhenti Merokok dapat diadakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bentong, khususnya Dr. Aishah Jemilah dan rakan-rakanya. Program ini telah diadakan bagi Fasa 1 pada 10/9/2014 dan Fasa ke 2 pada 12/9/1014. Fasa ketiga pula pada 19/9/2014.


Seramai 28 orang pelajar yang menyertai klinik ini. Alhamdulillah penerimaan yang positif daripada peserta. Fasa 1 dan 2 dijalankan di sekolah manakala Fasa 3 peserta di bawa ke Pusat Futsal.
Terima kasih diucapkan kepada Dr Aishah Jemilah dan rakan- rakan dari Pejabat Kesihatan

13 Sept 2014

PELANCARAN JALUR GEMILANG BULAN KEMERDEKAAN SMKB 2014.

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Pelancaran Jakur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 23/8/2014 yang lalu. Antara aktiviti sempena pelancaran ini adalah nyanyian lagu- lagu patriotik ,sajak , tanyang video dan kuiz. Semoga melalui aktiviti ini dapat meningkatkan penghayatan pelajar terhadap negara.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini."Di sini lahirnya sebuah cinta."














25 Aug 2014

PROGRAM DIPLOMA POLITEKNIK SESI DISEMBER 2014 LEPASAN SPM.

Assalamualaikum dan Salam 1M.


Bagi lepasan SPM boleh membuat permohonan ke Program Diploma Politeknik Sesi Disember 2014.
Permohonan  boleh dibuat dengan membeli Nombor Pin di BSN dengan harga RM10.60 dan diisi diatas talian berikut : http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

Tarikh dibuka : 16 OGOS 2014      Tarikh tutup : 26 SEPTEMBER 2014.

18 Aug 2014

SEMAKAN PELATIH PLKN SIRI 12/2015



Assalamulaikum dan Salam 1M.

Kepada pelajar Tingkatan 5  sesi 2014 boleh membuat semakan status pemilihan ke PLKN Siri 12/2015 di laman berikut : http://apps1.khidmatnegara.gov.my/terpilih
ATAU melalui SMS :
Taip: PLKN SEMAK Hantar ke 15888
* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20
Tahniah kepada yang terpilih bagi mengikuti latihan PLKN 2015 nanti.

12 Aug 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IPTA LEPASAN STPM/SETARAF 2014/15

Assalamualaikum dan Salam 1M.
Jatabanner
Semakan keputusan permohonan ke ipta lepasan STPM/ Setaraf 2014 boleh dibuat mulai hari ini.
Untuk semakan sila ke url berikut : https://online.moe.gov.my/upu/hebahan/index.php
Tahniah kepada yang berjaya.
Rayuan juga dibuka bermula 12 Ogos hingga 22 Ogos di url yang sama.

11 Aug 2014

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA KPM DAN IPS AMBILAN 0GOS 2014

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Kepada pelajar lepasan PMR 2013 yang berminat untuk memohon program Diploma Vokasional Malaysia Ambilan Ogos 2014 anjuran KPM dan Institut Pendidikan Swasta boleh membuat permohonan secara online di url berikut : http://apps5.moe.gov.my/sptv/mohon_ips_2014/

Tarikh buka : 11 Ogos 2014 dan Tarikh tutup pada 15 Ogos 2014.

7 Aug 2014

MAJLIS KHATAM AL QURAN SMK BENTONG 2014.

Assalamulaikum dan Salam 1M.



Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT diatas limpah dan kurnia nya kita telah berjaya menjalani madrasah ramadhan 1435h.  Semoga amalan di dalam bulan tersebut dapat dilaksanakan secara istiqamah. Amin.



4 Aug 2014

KEMBALI BERSEKOLAH...




Assalamulaikum dan Salam 1M.

Alhamdulillah setelah menjalani ibadah puasa kita kembali kepada fitrah. Semoga segala amalan yang ditimba semasa ramadhan mendapat keberkatan daripada yang maha Esa. Seterusnya kita teruskan dengan istiqamah. Cuti selama seminggu telah memberi ruang kepada kita untuk menyambut bulan syawal ini.
Cuti telahpun berakhir kembalilah kita kepada ttugas dan tanggungjawab kita yang belajar teruskan usaha dan yang bekerja teruskan tugasmu dengan ikhlas sebagai ibadah. amin.
Kepada calon SPM dan PT3 tugas semakin mencabar manfaatkan masa dan ruang yang masih berbaki bagi menggapai kejayaan. Usah biarkan masa berlalu kerana tidak dapat dikejar.  Fokus kepada peperiksaan yang tidak lama lagi. Berikan komitmen sepenuhnya dengan dedikasi.
Akhirnya tiada masa yang tidak berharga setiap saat menyumbang kepada kejayaan dan kebahagian kita.
SELAMAT BERHARI RAYA.



22 Jul 2014

LAWATAN DAN IFTAR RAMADHAN PENGARAH LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Warga sekolah merakam ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr Naimah Bt Ishak ( Pengarah Lembaga Peperiksan Malaysia di atas kesudian melawat sekolah dan seterusnya menghadiri majlis iftar ramadhan bersama guru dan warga aspura dan aspuri SMK Bentong.
Dalam lawatan pada 17 Julai ( Khamis) Yang Berbahagia juga diringingi oleh Ketua Sektor Penilaian dan Pepriksaan JPN Pahang.  Terima kasih.



17 Jul 2014

PROGRAM KOLABORATIF KPM DAN ILKA AMBILAN 2014.

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Kepada pelajar Tingkatan 4 /2014 yang berminat untuk mengikuti program tersebut boleh mendapatkan maklumat melalui url berikut :  http://apps5.moe.gov.my/sptv/mohon_ilka_2014/






Tarikh permohonan dibuka :  14 /07/2014
Tarikh tutup                       :   03 /08/2014

8 Jul 2014

Sekitar Program Menangani Gejala Disiplin Daerah Bentong 2014

Assalamualaikum dan Salam 1M.

PPD Bentong dan MGKK Bentong telah mengadakan  Program Menangani Gejala Disiplin Daerah Bentong pada 26 JUN 2014 yang lalu bertempat di PPD Lama Bentong.. Seramai 106  peserta terdiri daripada pelajar SMK dalam daerah telah mengikui program tersebut. Semoga pengisian program ini dapat membentuk pelajar ke hala tuju yang positif. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.








5 Jul 2014

KEJOHANAN SUKAN SMKB KALI KE 47 2014

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Tahniah Rumah Tunku Abdul Rahman ( Kuning )yang muncul sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan 2014.Sepakat membawa berkat, Komitmen semua yang telah menjayakan kejohanan diucapkan ribuan terima kasih. Kejohanan telah diadakan pada 25JUN 2014 yang lalu.


2 Jul 2014

PROGRAM MATRIKULASI KPM 2015/16.

Assalamulaikum dan Salam 1M.


Makluman kepada semua calon SPM 2014 , permohonan Program Matrikulasi KPM  sesi 2015/16 telah mula dibuka mulai 01 Julai hingga 10 Oktober 2014. Permohonan secara online dengan cara membeli nombor pin  BSN  (RM 6.00) melalui kaunselor sekolah/ guru yang bertanggungjawab atau membli sendiri di BSN.

Untuk maklumat lanjut sila layari url berikut:   http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm


14 Jun 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN PERMOHONAN IPTA/ POLITEKNIK PRIMIER 2014 dan ILKA/POLITEKNIK

Assalamulaikum dan Salam !M.

Kepada calon yang telah membuat rayuan permohonan ke IPTA/ Politeknik Primier/ ILKA  boleh membuat semakan status permohonan di laman web  kemasukan pelajar di url berikut:
http://upu.moe.gov.my/web/
https://online.moe.gov.my/upu/hebahan/rayuan/

Tahniah kepada calon yang berjaya.