23 Jan 2015

SELAMAT DATANG TN PENGETUA BARU SMK BENTONG.

Assalamualaikum dan salam 1M.


EN. ISA BIN SAFIE
Warga SMK Bentong mengalu-alukan kehadiran tuan Pengetua Baru SMKB En. Isa bin Safiee ke SMKB. Beliau memulakan tugas di SMKB pada 2 Jan 2015 . Sebelum ini beliau bertugas di SMK Bukit Tinggi juga sebagai pengetua. Tahniah semoga dengan kehadiran tuan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan SMKB. Majlis sambutan Tn Pengetua telah diadakan pada hari pertama persekolahan iaitu pada 12 Jan 2015 yang lalu.

20 Jan 2015

SEMAKAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SM TEKNIK

Assalamualaikum dan Salam 1M.


 Semakan status permohonan telah dibuka mulai 20 Jan 2015. Kepada yang telah membuat permohonan boleh menyemak status permohonan melalui url berikut :
http://apps5.moe.gov.my/sptv/kvsmt_semakan2015/

PENJUALAN NO. PIN DAN PERMOHONAN KE IPTA/POLITEKNIK DAN ILKA SES1 2015/16

Assalamualaikum dan Salam 1M.


Penjualan No. Pin bagi Permohonan ke IPTA/ POLITEKNIK  / ILKA Sesi 2015/16 bagi lepasan SPM telah mula dibuka daripada 19 Jan 2015 hingga 4 Apr 2015. Pemohonan boleh mendapatkan No. Pin di BSN dengan harga  RM10.60  Permohonan IPTA/POLITEKNIK / ILKA boleh dibuat melalui url berikut : http://upu.moe.gov.my/web/  .
Tarikh permohonan dibuka : 19 Jan 2015.
Tarikh tutup  : 6 April 2015.