30 Jul 2013

FASA KETIGA RAMADHAN 1434H.





Assalamulaikum dan Salam 1M.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan rahmat dan keampunannya kita telah berjaya meneruskan ibadah puasa hingga ke fasa ketiga ramadhan iaitu pembebasan dari api neraka. Beruntunglah hamba  Allah yang masih dapat meneruskan ibadah puasa dengan mengerjakan solat tarawikh serta solat malam di sepanjang sepuluh malam terakhir ramadhan ini.
Sesungguhnya Allah amat menyayangi  kita umat Rasulullah SAW dianugerahkan pahala yang berganda dan kelebihan malam Lailatul Qadar yang pahalanya bersamaan beribadat       selama 83 tahun.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (QS. Al-Qadar: 1-5)

Marilah sama-sama kita mencari satu malam itu semoga kita mendapatkan keredhaan Allah SWT.





23 Jul 2013

CERAMAH PEMANTAPAN SAHSIAH 2013.

Assalamualaikum dan Salam 1M.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi ruang untuk meneruskan kelangsungan hidup di bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Semoga kehadiran ramadhan dapat mentarbiah diri ke arah insan yang bertaqwa kepada Allah.





Dalam usaha meningkatkan kualtiti diri pelajar unit Bimbingan Kaunseling  telah menjemput Penceramah Motivasi Aura Imtiyaz Traning & Consultancy untuk menjayakan ceramah pemantapan sahsiah pelajar SMKB. Program ini telah diadakan pada 4 Julai 2013.
Terima kasih kepada Pn Nur Hanisah Bt Mohd Nor Afandi ( Aura Imtiyaz ) di atas perkongsian ilmu.




5 Jul 2013

PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI KPM 2014/15



Assalamualaikum dan Salam 1M.

Permohonan program matrikulasi KPM  2014/15 telah mula dibuka mulai 1 Julai 2013 hingga 10 Oktober 2013. Pemohon  boleh membeli No. PIN melalui sekolah atau sendiri di Bank Simpanan Nasional ( BSN) dengan harga RM 6.00. Untuk maklumat lanjut sila layari url berikut : http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/