14 Oct 2011

TARIKH PERMOHONAN MATRIKULASI DILANJUTKAN.

Bahagian Matrikulasi KPM melanjutkan
 tarikh tutup permohonan
 Program Matrikulasi dari 10 Oktober 2011
 kepada 30 November 2011
Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) 
boleh dibuat di mana – mana 
cawangan BSN dengan membayar RM6.00 
bagi permohonan melalui internet.
Semua pelajar SPM 2011 
boleh membuat permohonan 
melalui laman ini.Talian bantuan Bahagian Matrikulasi
 03-8884 4036 / 4040 
boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang 
(hari bekerja sahaja).

...www.moe.gov.my

11 Oct 2011

FACEBOOK DAN PELAJAR

Salam. pada masa ini Facebook atau FB telah digunakan secara meluasnya oleh semua peringkat tua atau muda termasuklah pelajar sekolah. Menurut laporan akhbar Berita Harian 10 Okt.2011 60 ,000 pelajar kita terlibat dengan ketagihan FB. Banyak maa digunakan oleh pelajar untuk melayari FB berbandingan dengan masa yang diluangkan untuk membuat ulangkaji. Pengarah Institut Sosial Malaysia  Prof. Madya Mohd Fadzil Che Din sekiranya ketagihan laman sosial ini tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif temasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial.
Gejala ini membimbangkan kerana FB juga boleh melalaikan khususya pelajar yang sepayutnya menggunakan masa dengan berfaedah. Tidak dinafikan penggunaan yang sistematik dapat membantu pelajar.Cuma ketagihan FB lebih kepada aktiviti bual sosial semata.
Oelh itu manfaatkan penggunaan FB untuk meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah yang unggul.

4 Oct 2011

SELAMAT MENDUDUKI PMR


Assalamulaikum , hari ini calon PMR mula berjuang untuk mencapai kejayaan yang cemerlang InsyaAllah.
Be The Best Beat The Rest...SMKB Boleh!

3 Oct 2011

MAJLIS TITISAN ILMU PMR


Kejayaan seseorang pelajar bukan sahaja bergantung kepada usaha tetapi perlu


 





menghormati guru dan menghargai bidang ilmu yang dipelajari bagi mencapai natijah yang cemerlang. Pelajar perlu diberikan pendedahan beberapa perkara termasuk kesedaran kendiri, pengurusan diri dan cabaran semasa  Bagi tjuan ini majlis titsan ilmu PMR telah diadalkan pada 30 September 2011. Semua ilmu yang telah guru sampaikan diredhai dengan ikhlas begit juga pelajar perlu juga menerima dengan redha  tunjukajar guru sebagai persediaan untuk menduduki PMR. SELAMAT MENDUDUKI PMR PADA 4 OKTOBER SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG. INSYAALLAH.