31 Aug 2016

MERDEKA... 2016


Image result for merdeka 2016 malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Alhamdulillah syukur ke hadarat Allah SWT , hari ini kita menyambut Kemerdekaan negara kita dalam suasana aman dan harmoni. Perpaduan antara kaum menjadi keutamaan dalam mencorak negara bangsa yang berdaulat. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2016.  Sempena bulan kemerdekaan ini SMK Bentong juga tidak ketinggalan dalam menanam semangat patriotik terhadap negara dengan mengadakan  pelancaran program  bulan kemerdekaan pada 17 Ogos yang lalu.Majlis telah dirasmikan oleh Pn Norani bt Mohd Ludin Pengetua SMK Bentong.
















30 Aug 2016

Jamuan Hari Raya 2016...

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia  2016.
Sambutan Majlis Hari Raya 2016 SMKB telah diadakan pada 3 Ogos yang lalu.  Istimewanya program ini menggabungkan 4 program serentak, Karnival Kelab dan Persatuan, Karnival Seni dan Budaya, Konsultasi Ibu Bapa dan Pelajar SPM dan PT3 dan Majlis jamuan hari raya. Majlis dirasmikan oleh YH  Dato' Hasnol Hisham bin Hj Yaakob merupakan bekas pelajar SMK Bentong. Terima kasih YH Dato' dan semua yang telah menjayakan program ini.














8 Aug 2016

SEMAKAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UA LEPASAN STPM/ SETARAF SESI 2016/2017.

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Semakan permohonan ke UA Lepasan STPM/ Setaraf bagi sesi 2016/2017 boleh dibuat mulai jam 12.00 tgh 8 OGOS melalui url berikut :  https://online.mohe.gov.my/upu/hebahanSTPM_1617/

Image result for semakan kemasukan ke ua

7 Aug 2016

JASAMU DIKENANG... TERIMA KASIH PN HBO.

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Warga SMKB merakam ribuan terima kasih kepada Pn Hamizah binti Omar ( GPK HEM ) yang lebih mesra dengan panggilan HBO . Bertugas sebagai GPK HEM sejak Jun 2015 hingga 25 Julai 2016. Sebelum ini beliau juga telah bertugasdi SMKB sebagai guru BM sebelum dilantik sebagai GPK HEM di SMK Sulaiman. Terima kasih cikgu jasamu dikenang


























 Semoga berbahagia ditempat yang baru.