16 Nov 2013

Yeh... Sekolah Dah Cuti...



Assalamualaikum dan Salam, 1M.

Syutkur ke hadrata Allah SWT yang masih menganugerahkan umur bagi menruskan kehidupan ini.
Selamat bercuti kepada semua pelajar. Sesungguhnya terlalu pantas masa berlalu rasanya baru lagi bersekolah dah sampai cuti akhir tahun.
Hari cuti adalah masa yang dapat memberikan ketenagan kepada kita semua warga sekolah khususnya. Namun cuti perlulah dimanfaatkan sebaik-baiknya supaya sepanjang cuti ini aalah percuti yang bermakna.
Bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan pada 2014 eloklah juga rancangkan pengisian yang dapat membantu persediaan menghadapi peperiksaan 2014 nanti.
Pada waktu ini juga ramai di kalangan ibu bapa akan membawa anak-anak untuk pergi bercuti. ini adalah sebagai satu hadiah kepada anak-anak yang telah belajar sepanjang tahun. Apapun pengisian sepanjang ini baik dirancang dan banyak program yang telah disediakan  sebagai pengisian cuti samada ilmiah mahupun sahsiah. pilihan di tangan anda. Slamat bercuti.

10 Nov 2013

DOA UNTUK PEPERIKSAAN

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Semoga calon SPM 2013 dapat mengamalkan doa sebagai sentuhan akhir meningkatkan keyakinan diri. Insya Allah . Usaha sudah , doa pun sudah bertawakkallah kepada Allah SWT.



6 Nov 2013

PERJUANGAN PUN BERMULA...SPM 2013.



Assalamualaikum dan Salam 1M.

Warga SMK Bentong mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM kepada calon SPM SMKB khususnya dan semua calon SPM seluruh negara amnya. Semoga dapat titipkan yang terbaik dalam SPM 2013, insya Allah.

SPM Bermula 06 November hingga 05 Disember 2013

'BE THE BEST BEAT THE REST''SMKB YAKIN BOLEH'

Majlis Titisan Ilmu SPM 2013 telah diadakan pada 26 Oktober 2013. Semoga diberkati Allah.