25 Sept 2013

Permohonan Kemasukan ke TINGKATAN 4 MRSM 2014

Assalamualaikum dan Salam 1M.

MRSM Pekan

Permohonan Kemasukan ke  TINGKATAN 4 MRSM 2014

A. SYARAT-SYARAT  MEMOHON SECARA ONLINE
1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera            (tingkatan tiga yangsedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung                 Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama             Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak     akan ditawarkan ke MRSM.
3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan    dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains.

B. CARA MEMOHON KATA LALUAN
1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat           MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 29 September hingga 18 Oktober 2013.     Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.
2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2013 yang               disahkan benar serta angka giliran PMR 2013, semasa mendapatkan kata laluan.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan secara       online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di     bawah:
    (Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2014)
     Pengarah,
     Bahagian Pendidikan Menengah,
     Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
     Jalan Raja Laut,
     50609 KUALA LUMPUR.

C. UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)
1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 25 hingga 29 Nov 2013.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara       online.
NOTA:
1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

D. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM
1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau       E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2013.
2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).

E. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
1. Tarikh akhir permohonan secara online pada 18 Oktober 2013.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan selewat-lewatnya pada 25     Oktober 2013.
3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2014. Sekiranya pemohon     tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2014 permohonan anda dianggap tidak             berjaya.

23 Sept 2013

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2014

Assalamualaikum dan Salam 1M.
PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kepada calon PMR 2013 permohonan ke  Kolej Vokasional dan SM Teknik bagi sesi 2014 telah dibuka.
Tarikh tutup permohoanan adalah pada 25 Disember 2013.
Untuk memohon secara talian sila ikut url berikut :
http://apps.moe.gov.my/esptv/kvsptv_2013/


9 Sept 2013

Permohonan Kemasukan ke Program Pra-Diploma, Diploma dan Diploma Lanjutan Politeknik Sesi Disember 2013




Assalamualaikum dan Salam 1 M .
Permohonan Kemasukan ke Program Pra-Diploma, Diploma dan Diploma Lanjutan Politeknik Sesi Disember 2013telah dibuka.
Tarikh tutup pada 1 Oktober 2013.
Untuk memohon sila ke url berikut :http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp





3 Sept 2013

PERMOHONAN KE T 1& T 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2014

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Permohonan ke tingkatan 1 & tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi 2014 telah dibuka. Calon boleh membuat permohonan secara talian di alamat berikut:

http://public.moe.gov.my/