19 Sept 2014

KLINIK BERHENTI MEROKOK 2014.

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Alhamdulillah dengan izinNya Klinik Berhenti Merokok dapat diadakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bentong, khususnya Dr. Aishah Jemilah dan rakan-rakanya. Program ini telah diadakan bagi Fasa 1 pada 10/9/2014 dan Fasa ke 2 pada 12/9/1014. Fasa ketiga pula pada 19/9/2014.


Seramai 28 orang pelajar yang menyertai klinik ini. Alhamdulillah penerimaan yang positif daripada peserta. Fasa 1 dan 2 dijalankan di sekolah manakala Fasa 3 peserta di bawa ke Pusat Futsal.
Terima kasih diucapkan kepada Dr Aishah Jemilah dan rakan- rakan dari Pejabat Kesihatan

13 Sept 2014

PELANCARAN JALUR GEMILANG BULAN KEMERDEKAAN SMKB 2014.

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Pelancaran Jakur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 23/8/2014 yang lalu. Antara aktiviti sempena pelancaran ini adalah nyanyian lagu- lagu patriotik ,sajak , tanyang video dan kuiz. Semoga melalui aktiviti ini dapat meningkatkan penghayatan pelajar terhadap negara.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini."Di sini lahirnya sebuah cinta."