20 Nov 2012

SEKITAR MAJLIS PENDAFTARAN T SATU/2013

Assalamualaikum.

Tahniah dan selamat datang kepada bakal pelajar Tingkatan 1/2013 SMKB
Majlis pendaftaran tingkatan 1/2013 telah diadakan di dewan Al-Harithah  SMK  Bentong pada 10 November 2012. Beberapa sesi taklimat juga telah disampaikan oleh pihak sekolah dalam menerangkan secara ringkas mengenai sekolah serta maklumat awal utnuk persediaan pelajar serta ibu bapa bagi sesi persekolah 2013 nanti. Terima kasih kepada pelajar dan juga penjaga yang telah menjayakan majlis tersebut.
















10 Nov 2012

SELAMAT BERCUTI AKHIR TAHUN.







Assalamualaikum.
Dahpun mula bercuti sekolah . selamat bercuti kepada semua. Manfaatkan cuti anda sebaik mungkin. Calon SPM 2012 belum bercuti lagi ye... Anda hanya bercuti seminggu ini sahaja. Selepas itu anda perlu meneruskan perjuangan peperiksaan anda hingga ke 6 Disember nanti.Inilah peluang untuk anda membuat ulangkaji akhir kerana beberapa subjek utama telah anda harungi. Bersedia hingga ke saat-saat akhir.
Kepada pelajar lain juga ingatlah ada yang ke tingkatan 5 /2013 dan  tingkatan 3/2013  SPM dan PMR sedia menanti anda oleh itu persediaan awal sangat membantu pelajar untuk berjaya dengan cemerlang.
Agihan masa cuti perlu dibuat secara bijak, ada masa bersantai dan pada masa yang sama juga belajar.
Memandangkan musim ini dah mula musiam hujan jagalah keselamatan diri anda sekiranya berlaku banjir.
Selamat bercuti dan Selamat Menghadapi SPM bagi calon SPM.