17 Apr 2018

KEM KEPIMPINAN ASRAMA 2018

Assalamualaikum dan Salam Negaraku 1M.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dengan izinNya Kem Kepimpinan Asrama SMK Bentong 2018 telah dapat dilaksanakan pada 30 dan 31 Mac 2018. Semoga pemimpin asrama mendapat input dalam meningkatkan daya kepimpinan khususnya di asrama. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan ke ini. Terima kasih kepada rakan tutor Open University Malaysia Temerloh ( Dr Zuraimi, Dr Abdullah dan Usta Radziyudin )  di atas sumbangan perkongsian ilmu terima kasih juga NRC dan AADK Bentong serta Alumni SMK Bentong.















10 Apr 2018

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KE TINGKATAN 6 TAHUN 2018

Assalamualaikum dan Salam Negaraku 1M

Tahniah kepada semula lepasan SPM 2017 yang telah berjaya. Untuk makluman semakan tawaran ke Tingkatan 6 /2018 boleh disemak mulai 16 April hingga 16 Mei 2018 melalui url beriku:
https://sst6.moe.gov.my/

22 Mar 2018

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN 2018

Assalamulaikum dan Salam Negaraku 1M

Kepada lepasan SPM 2017 yang berminat boleh membuat permohonan di url berikut :
https://pismp.moe.gov.my/

17 Mar 2018

MAJLIS APRESIASI SPM 2017.

Assalamualaikum dan Salam Negaraku 1M.
TAHNIAH kpeada semua calon SPM 2017  SMK Bentong yang telah menghadiah keputusan yang sangat bermakna kepada diri dan juga sekolah. Kecemerlangan anda kebanggaan kami. Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus dalam merealisaikan keputusan SPM 2017.








MOTIVASI BERSAMA MSU 2018

Assalamualaikum dan Salam Negaraku 1 Malaysia


Alhamdulillah dan terima kasih kepada Management and Science University (MSU) yang telah mengadakan perkongsian ilmu bersama calon SPM SMK Bentong pada 2 Mac yang lalu. Semoga pengisian ini dapat meningkatkan lagi aspirasi pelajar dalam mengharungi SPM 2018.

4 Mar 2018

SELAMAT DATANG TN PENGETUA ....2018

Assalamualaikum dan Salam Negaraku 1 M.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Yang Maha Esa segalanya telah ditentukan Allah. Pertukaran dalam pendidikan bukannya asing pengetua jua bertukar di atas keperluan perkhidmatannya. Selamat datang kepada En. Hanifah bin Hj Veerankutty sebagai Pengetua SMK Bentong mulai 5 Februari 2018. Beliau bertukar dari SMK Telemong menggantikan Pn. Norani bt Mohd Ludin yang ke PPD sebagai Pegawai SSIP+. Semoga dengan kehadiran En Hanifah dapat menyuntik semangat  warga SMK Bentong supaya terus cemerlang. Be The Best Beat the Rest.

20 Feb 2018

PEMBUKAAN SEMULA DAN KEMASKINI PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI 2018

Assalamualaikum dan Salam Negaraku  1M.
Keapada lepasan SPM 2017 yang ingin memohon program boleh berbuat demikian dan kepada yang telah membuat permohonan boleh mengemaskini maklumat di url yang diberi.

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU PN NORANI ...JASAMU DISANJUNG.

Assalamulaikum dan Salam Negaraku 1 Malaysia.
Alhamdulillah syukur dan puji ke hadrat Allah yang masih memberi ruang dan waktu untuk kita meneruskan tugas di buminya ini. Aamin. Selamat bertugas di tempat baru  Pn Norani bt Mohd Ludin ( Pengetua) . Mula bertugas di SMK Bentong Mac 2016 hingga 5 Jan 2018. Terima kasih di atas kepimpinan dan sumbangan Pn Norani kepada warga SMK Bentong. Jasamu disanjung budi dikenang.