21 Sept 2010

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI

Assalamulaikum kesempatan di bulan Syawal ini UBK mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Dalam merayakan hari kemenangan ini jangan pula kita lupa untuk mengawal serta muhasabah diri kita. Sebulan Ramadhan kita berjaya melatih dan membentuk diri kita supaya apa yang telah dilakukan itu berterusan . Berikut adalah wasiat Imam Syafie yang boleh diamalkan sebagai langkah untuk mencapai kecemelangan di dunia dan diakhirat.Insyaallah.

Wasiat Imam Syafie

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :

Pertama :
Hak Kepada Diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua :
Hak Kepada Malaikat Maut iaitu mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah.

Ketiga :
Hak Kepada Kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat :
Hak Kepada Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima :
Hak Kepada Mizan iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam :
Hak Kepada Sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh :
Hak Kepada Malik iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan :
Hak Kepada Ridhwan iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

Kesembilan :
Hak Kepada Rasulullah SAW
iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT.

Kesepuluh :
Hak Kepada Allah SWT iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

20 Aug 2010

RAMADHAN DAN PEPERIKSAAN

Assamulaikum,
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR kepada semua pelajar Tingkatan 3.
SELAMAT MENJALANI UJIAN JUJ kepada semua pelajar Tingkatan 5.
PUASA JANGAN TAK PUASA YA!
SELAMAT MAJU JAYA.

TIP-TIP PEPERIKSAAN

Oleh
DR. ISMAIL ZAIN 26/08/2004 5:33 p.m.
(Dipetik dan diubah suai dari
Laman Web Portal Pendidikan Utusan)

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

  1. Jangan memikirkan perkara-perkara lain yang boleh mengganggu fikiran dan ketenangan diri.
  2. Jangan membuat anggapan yang peperiksaan itu susah.
  3. Jangan terlalu memikirkan tentang masalah yang mungkin ditemui sewaktu berhadapan dengan kertas soalan peperiksaan.
  4. Jangan memikirkan tentang kegagalan yang mungkin menimpa anda selepas peperiksaan.
  5. Jangan takut pada peperiksaan.
  6. Jangan membuat perbandingan kebolehan diri anda dengan rakan yang lain.

PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN

  1. Tumpukan sepenuhnya fikiran anda terhadap pelajaran.
  2. Anggapkan peperiksaan itu hanyalah menguji sesuatu yang telah anda baca dan ketahui.
  3. Anggapkan segala soalan yang terdapat di dalam kertas soalan itu adalah soalan-soalan yang pernah anda jawab dalam peperiksaan-peperiksaan yang lepas.
  4. Bayangkan kejayaan yang akan anda alami serta keseronokan yang anda kecapi bersama ayah dan ibu ketika menerima keputusan peperiksaan.
  5. Anggapkan peperiksaan itu sebagai tiket untuk melangkah mercu kejayaan.
  6. Anggapkan diri anda sama seperti orang lain. Orang lain boleh kenapa diri anda tidak boleh!

5 Aug 2010

MINI PAMERAN PPDa HARI KOPERASI SMKB 2010




Unit PPDa SMKB berpeluang mengadakan mini pameran PPDa sempena sambutan Hari Koperasi SMKB 2010 pada 30 Jun 2010.

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DAN KETUA TINGKATAN 2010












Program ini dlaksanakan pada 24 Julai 2010.
Pengisian program disedia dan dijayakan oleh En. Jamiuddin bin Kassim . Kaunselor Cemerlang SMK Peramu Jaya , Pekan.

20 Jan 2010

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431

Assalamualaikum .
Syukur ke hadrat Allah SWT diatas kurniannya kita masih diberi peluang berada di tahun baru hijrah 1431 ini. Selamat kembali ke sekolah dengan penuh azam dan semangat yang tinggi bagi mencapai kecemerlangn diri bukan sahaja dalam akademik tetapi juga sahsaiah diri.
Semoga dengan kehadiran tahun ini akan lebih berkmakna dengan adanya keinginan diri yang tinggi untuk menjadi insan yang berjaya. Bukan sekadar tahun sahaja yang baru malah didri kita sendiri perlu berubah seiringan dengan berubahnya tahun serta meningkatnya usia kita.
SEKALUNG TAHNIAH KEPADA CALUN PMR 2009 YANG TELAH BERJAYA MELEPASI HALANGAN UNTUK MENERUSKAN PENCARIAN ILMU KEPERINGKAT SPM PULA.