21 Jan 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2013

Asslamualaikum dan salam satu Malaysia.

Adalah dimaklumkan kepada semua ibu bapa dan penjaga  bahawa  Mesyuarat Agung PIBG  SMKB  kali ke 33 dan Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Persekolahan 2013 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh  :    26 JANUARI 2013 ( SABTU)
Masa   :    8.00 pagi.
Tempat :   Dewan Keris Mas SMK Bentong.
Perasmi    YB Dato' Dr Ng Keong Chye,  DIMP.,  SMP.
                (ADUN Ketari )
Semua ibu bapa /penjaga dan pelajar dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut.

16 Jan 2013

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 4 SBP 2013







Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Semua calon yang telah memohon ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh boleh membuat semakan permohonan di link berikut :    http://apps.moe.gov.my/sbpt4/semakansst4_2013/

Tahniah kepada yang berjaya.

11 Jan 2013

SEMAKAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SM TEKNIK 2013




Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Tahniah kepada yang berjaya dan selamat menenpuh suasana persekolahan yang lebih mencabar di kolej atau SM Teknik.

Pemohon boleh membuat semakan  di  link  berikut  :  

http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakankvsmt2013/

8 Jan 2013

SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAGI SESI AKADEMIK 2013/2014


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Permohonan ke IPTA/Politeknik Premier & ILKA bagi sesi 2013/14 telah dibuka mulai 7 Januari sehingga 15 April 2013.
Pemohonan lepasan SPM /Matrikulasi/ Asasi/ STPM boleh mula membeli Unit ID di BSN dengan bayaran   RM 10.60.
Untu maklumat lanjut layari  link berikut:
http://upu.mohe.gov.my/

3 Jan 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...


Asssalamualaikum dan Salam satu Malaysia.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT yang memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan di tahun 2013 ini. Tahniah kepada semua calon yang telah berjaya dengan cemerlang di dalam PMR 2012 yang lepas. Tahniah kepada pelajar SMKB yang telah berjaya dengan cemerlang dan sekolah masih berjaya mengekalkan tempat pertama sekolah harian biasa bagi daerah Bentong.
Semoga dengan kehadiran kembali ke sekolah  dapat mencetuskan semangat juang yang tinggi dalam menersukan sesi persekolahan tahun ini. 
Kejayaan tidak datang bergolek tanpa disiplin diri yang tinggi  disamping menghargai peluang dan ruang yang diperolehi. Semoga semangat belajar yang tinggi terus kekal di dalam diri bagi mengekalkan kejayaan di dalam apa jua bidang yang diceburi.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.