14 Sept 2011
7 Sept 2011
PROGRAM SEKITAR RAMADHAN.

Alhamduillah dalam bulan ramadhan dapat juga UBK mengadakan program demi kecemerlangan calon PMR.
Pada 1 Ogos bersamaan 1 Ramadhan diadakan Motivasi Pecutan Akhir PMR. Program ini dijayakan oleh En. Badarudin dari SMK Bukit Sagu.Terima kasih En. Badarudin yang sudi hadir bagi menjayakan program ini walaupun jauh dari Kuantan.
Seminar Matematik PMR pada 9 Ogos bersamaan 9 Ramadhan telah disampaikan oeh Guru Cemerlang Matematik En. Roslan Kamarudin dari SMK Seri Bentong..Terima kasih dan semoga mendapat haji yang mabror insyaallah.
27 Aug 2011
SALAM AIDIL FITRI
Salam dan selamat menyambut aidil fitri kepada semua khususnya warga SMKB. Syawal sebagai tanda kemenangan kita mengharungi perjuangan dalam mendapatkan keredhaan Allah swt. Semoga tarbiah dan latihan di sepanjang Ramadhan sama di hayati dan diteruskan di bulan bulan yang berikutnya. Semoga segala yang diusahan insyaalalh mendapat keredhaanNya jua.16 Aug 2011
PERCUBAAN PMR BERMULA.
Peperiksaan datang lagi. Kepada semua pelajar diucapkan selamat menjawab peperiksaan P3. Bagi calon PMR percubaan ini adalah medan bagi anda untuk muhasabah setakat mana kemampuan diri anda. BESRSYUKURLAH DENGAN RAHMAT ALLAH kerana masih berpeluang membaiki kelemahan diri sebelun peperiksaan yang sebenar. Manafaatkan kelebihan di bulan Ramadhan ini agar menjadi pelajar yang berjaya di dunia dan juga akhirat. Sesungguhnya bulan ramadhan melatih kita untuk bersabar dan merbut peluang yang ada.Ramadhan akan datang belum tentu lagi ada.
11 Aug 2011
BANYAKKAN BERDOA DI BULAN RAMADHAN
10 Aug 2011
SALAM RAMADHAN AL MUBARAK 1432H
28 Jun 2011
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS MSU
27 Jun 2011
SEMINAR KEIBUBAPAAN PENJAGA PELAJAR T 3 & 5





Salam semua selamat kembali meneruskan sesi persekolahan bagi penggal kedua.Unit Bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama PIBG SMKB telah mengadakan program seminar keibupaan pada 14 Mei 2011 yang lepas. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara penjaga khususnya tingkatan 3 dan 5 demi mencapai kecemerlangan bersama. Ceramah keibubapaan telah disampaikan oleh En. Jamiuddin Kassim merupakan Kaunselor Cemerlang DG 48. Perkongsian tip beliau diharap dapat membantu penjaga dalam meningkatkan lagi pencapaian anak-anak. Di dalam program ini juga penjaga berkesempatan bertemu dengan guru-guru kelas semasa sesi konsultasi. Terima kasih kepada semua penjaga yang dapat hadir dalam perkongsian ini.
25 May 2011
SELAMAT HARI GURU 2011
Guru bukan macam papan skete
Belum main, gilap…
Dah main, pijak...
Guru bukan macam bola sepak
Belum dapat, kejar
Dah dapat, tendang...
Guru bukan macam bulu tangkis
Belum main, pegang dan diusap bulunya...
Dah main, pukul...
Guru ibarat macam bola ragbi
Belum dapat rebut...
Dah dapat peluk...
Guru macam jari
Lukanya sembuh sendiri...
Tapi hilangnya tiada ganti...
Guru sahabatku
Jika usaha mu dilupai
Jika pengorbanan mu tidak dihargai
Jika keringat mu tidak disanjungi
Jika penat lelah mu tidak dipeduli
Janganlah berkecil hati
Tanpa anugerah duniawi
Keikhlasan, kemuliaan tetap Allah catat sebagai bekalan alam yang abadi
Guru yang beriman ibarat mentari yang berkilau...
Guru yang sejati pewangi yang mengharumkan...
Guru yang setia menjadi pendorong setiap impian
Guru berhati mulia membawa 1000 kebahagiaan
Moga dinobatkan guru cemerlang dunia dan akhirat.













