9 Oct 2012

SELAMAT MENDUDUKI PMR 2012





Motivasi  : En. Ab. Rahman 



En. Azman Yaakob ( GPK Pentadbiran )


8 Oct 2012

PMR DAH TIBA...

Assalamualaikum.

Selamat menghadapi PMR kepada semua calon PMR dan khususnya Calon PMR SMK Bentong.Hadir ke dewan peperiksaan dengan penuh semangat dan ketenangan. Usaha tangga kejayaan Insyaallah.
Berniat dengan ikhlas untuk menduduki peperiksaan dan langkah dengan kaki kanan berserta membaca selawat ke atas nabi SAW.
Warga SMKB mendoakan kejayaan calon PMR.
Jawab jangan tak jawab.
PMR bermula pada 09 OKTOBER hingga 16 OKROBER 2012.



3 Oct 2012

MOTIVASI PECUTAN AKHIR SKOR A SPM 2012



Assalamualaikum.
Alhamdulillah  syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih diberi waktu untuk meneruskan kehidupan . Adakah calon peperiksaan telah bersedia ? Tahniah kepada pelajar yang telah pun bersedia dan belum terlambat bagi yang suka menantikan saat-saat  akhir. Apapun pilihan terleatak ditangan anda. 
Terima kasih yang tidak terhingga  kepada Kolej PSDC (Pahang Skills Development Centre) di atas kesudiaan mengadakan Program Motivasi Pecutan Akhir Skor A SPM di 
   Dewan AL Harith SMK Bentong pada 02 Oktober 2012.
   Sememangnya  pecutan akhir sebegini dapat membuka minda serta memberi kesedaran         
   betapa pentingnya persediaan menghadapi peperiksaan.
   Terima kepada En Suhaizat , Dfarah serta kr ew PSDC. Tak lupa juga kepada Cikgu 
   Mokhtar Said ( Kaunselor Cemerlang ) selaku motivator Pecutan Akhir














24 Sept 2012

PERMOHONAN KE SM TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL 2013



Assalamualaikum.
Kepada calon PMR 20122 yang berminat untuk memohon ke SM Teknik dan Kolej Vokasional boleh membuat permohonan di atas talian mulai 24 September hingga  Dieember 2012..
Sila layari url berikut :   http://apps.moe.gov.my/esptv/2012_mohon/ 

17 Sept 2012

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH T 1 & T 4 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



APLIKASI PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA
PENUH DAN SEKOLAH KAWALAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum dan SELAMAT HARI MALAYSIA.
Kepada calon UPSR 2012 dan PMR 2012 yang ingin memohon ke Sekolah Berasrama Penuh KPM 2013 boleh membuat permohonan di atas talian mulai 15 SEPT hingga 30 OKT 2012. Sila layari Portal Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut untuk panduan dan permohonan.

http://www.moe.gov.my/    atau  http://parents.sekolahmalaysia.com/

10 Sept 2012

TAWARAN KEMASUKAN PUTERA BARU KE MTD BAGI TINGKATAN 4 SESI PENGAJIAN 2013.




Assalamualaikum.
Permohonan kemasukan  ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja (MTD)  bagi calon PMR 2012 yang berminat  telah dibuka dari 1 September hingga 30 September 2012.
Untuk maklumat lanjut sila layari link berikut      http://www.rmc.edu.my/

6 Sept 2012

SAMBUTAN KEMERDEKAAN SMKB 2012

PELANCARAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN OLEH TN PENGE\TUA
PADA 30 OGOS 2012.







DEKLAMASI SAJAK OLEH PENTADBIR
DAN GURU

TAZKRAH KEMERDEKAAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZAH HASNAH

30 Aug 2012

SALAM KEMERDEKAAN KE 55.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg70w10k6rX6Ds6luHagYetPO9nOLCWfUnSCu4R9jHWOZtAsiAGPr9hrw9mUPZ-akEsr3gEJ4GZOR9-ihBdAehf9C_u0yYkMeLM0ox5fReg58JnZGI2pVWn0LyK9IfRkjAq8sCxvPLHKGI/s1600/merdeka.gif
See full size image  













Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.




27 Aug 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...


 


Assalamualaikum.
Selamat menyambut Aidil Fitri 1433H. Tahniah kerana berjaya menjalani madrasah tarbiah Ramadhan. Semoga amalan sepanjang bulan ramadhan dapat diteruskan. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan nikmatnya untuk meneruskan kehidupan ini.

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga sekolah khususnya warga SMKB. Kepada calon PMR selamat menduduki percubaan yang sedng berlangsung.Kepada calon SPM pula anda perlu bersedia kerana Percubaan SPM akan bermula pada 3 Spt. nanti. Peljar lain juga janganlah leka kerana peperiksaan akhir tahun sedia menanti anda, Adakah nada telah bersedia?. Tepuk dada tanyalah selera

Sebagai panduan kepada semua pelajar  ada beberapa persediaan yang perlu dilakukan bagi menghadapi peperiksaan.

1. PERSEDIAAN MENTAL
   Bersikap positif dengan peperiksaan
   Kuatkan ingatan dengan mengulangkaji

2. PERSEDIAAN ROHANI
   Jaga Solat
   Perbanyakkan amalan sunat
   Elakkan perkara maksiat kerana ia menggelapkan hati
3 PERSEDIAAN EMOSI
   Tenangkan hati
   Elakkan konflik
   Berprasangka baik pada semua orang
   Jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa dan Guru

4. PERSEDIAAN FIZIKAL
    Jaga kesihatan melalui pemakanan yang disarankan
    Elakkan akrtiviti yang memudaratkan agar tidak menjejaskan kesihatan

5.   PERSEDIAAN PERALATAN    
     Alat tulis dan semua keperluan yang diarahkan bawa ke dewan mesti lengkap agar  tidak mengganggu 
     proses menjawab

Tahniah kepada semua yang telah bersedia untuk mengharungi ujian sebenar. Selamat maju jaya.