21 Jan 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2013

Asslamualaikum dan salam satu Malaysia.

Adalah dimaklumkan kepada semua ibu bapa dan penjaga  bahawa  Mesyuarat Agung PIBG  SMKB  kali ke 33 dan Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Persekolahan 2013 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh  :    26 JANUARI 2013 ( SABTU)
Masa   :    8.00 pagi.
Tempat :   Dewan Keris Mas SMK Bentong.
Perasmi    YB Dato' Dr Ng Keong Chye,  DIMP.,  SMP.
                (ADUN Ketari )
Semua ibu bapa /penjaga dan pelajar dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut.

16 Jan 2013

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 4 SBP 2013







Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Semua calon yang telah memohon ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh boleh membuat semakan permohonan di link berikut :    http://apps.moe.gov.my/sbpt4/semakansst4_2013/

Tahniah kepada yang berjaya.

11 Jan 2013

SEMAKAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SM TEKNIK 2013




Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Tahniah kepada yang berjaya dan selamat menenpuh suasana persekolahan yang lebih mencabar di kolej atau SM Teknik.

Pemohon boleh membuat semakan  di  link  berikut  :  

http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakankvsmt2013/

8 Jan 2013

SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAGI SESI AKADEMIK 2013/2014


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Permohonan ke IPTA/Politeknik Premier & ILKA bagi sesi 2013/14 telah dibuka mulai 7 Januari sehingga 15 April 2013.
Pemohonan lepasan SPM /Matrikulasi/ Asasi/ STPM boleh mula membeli Unit ID di BSN dengan bayaran   RM 10.60.
Untu maklumat lanjut layari  link berikut:
http://upu.mohe.gov.my/

3 Jan 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...


Asssalamualaikum dan Salam satu Malaysia.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT yang memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan di tahun 2013 ini. Tahniah kepada semua calon yang telah berjaya dengan cemerlang di dalam PMR 2012 yang lepas. Tahniah kepada pelajar SMKB yang telah berjaya dengan cemerlang dan sekolah masih berjaya mengekalkan tempat pertama sekolah harian biasa bagi daerah Bentong.
Semoga dengan kehadiran kembali ke sekolah  dapat mencetuskan semangat juang yang tinggi dalam menersukan sesi persekolahan tahun ini. 
Kejayaan tidak datang bergolek tanpa disiplin diri yang tinggi  disamping menghargai peluang dan ruang yang diperolehi. Semoga semangat belajar yang tinggi terus kekal di dalam diri bagi mengekalkan kejayaan di dalam apa jua bidang yang diceburi.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.


1 Dec 2012

MAKLUMAN PIN UPU 2013/14.

Assalamualaikum.



Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM,Asasi, Matrikulasi,STPM,STAM,Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No.Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada bulan Januari 2013.

Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut.  
Sumber   :    http://upu.mohe.gov.my/ 

20 Nov 2012

SEKITAR MAJLIS PENDAFTARAN T SATU/2013

Assalamualaikum.

Tahniah dan selamat datang kepada bakal pelajar Tingkatan 1/2013 SMKB
Majlis pendaftaran tingkatan 1/2013 telah diadakan di dewan Al-Harithah  SMK  Bentong pada 10 November 2012. Beberapa sesi taklimat juga telah disampaikan oleh pihak sekolah dalam menerangkan secara ringkas mengenai sekolah serta maklumat awal utnuk persediaan pelajar serta ibu bapa bagi sesi persekolah 2013 nanti. Terima kasih kepada pelajar dan juga penjaga yang telah menjayakan majlis tersebut.
















10 Nov 2012

SELAMAT BERCUTI AKHIR TAHUN.







Assalamualaikum.
Dahpun mula bercuti sekolah . selamat bercuti kepada semua. Manfaatkan cuti anda sebaik mungkin. Calon SPM 2012 belum bercuti lagi ye... Anda hanya bercuti seminggu ini sahaja. Selepas itu anda perlu meneruskan perjuangan peperiksaan anda hingga ke 6 Disember nanti.Inilah peluang untuk anda membuat ulangkaji akhir kerana beberapa subjek utama telah anda harungi. Bersedia hingga ke saat-saat akhir.
Kepada pelajar lain juga ingatlah ada yang ke tingkatan 5 /2013 dan  tingkatan 3/2013  SPM dan PMR sedia menanti anda oleh itu persediaan awal sangat membantu pelajar untuk berjaya dengan cemerlang.
Agihan masa cuti perlu dibuat secara bijak, ada masa bersantai dan pada masa yang sama juga belajar.
Memandangkan musim ini dah mula musiam hujan jagalah keselamatan diri anda sekiranya berlaku banjir.
Selamat bercuti dan Selamat Menghadapi SPM bagi calon SPM.

18 Oct 2012

BERSAMA TN HJ RAMZAN...

Assalamualaikum

Tahniah kepada semua calon PMR  yang telah berjaya menunaikan tanggungjawab. Insyaallah usaha anda diberkati Allah SWT. BE THE BEST BEAT THE REST.
Semoga dengan kehadiran Ketua Sektor P. Islam JPN, Tn Hj. Ramzan bin Muhamad dapat menyuntik semangat dan kecemerlangan  bagi pelajar tingkatan 3  SMKB pada 5 Oktober yang lalu. Dalam sesi yang ringkas beliau menyampaikan amanat Tuan Pengarah dalam program JAWAB SAMPAI BETUL. Terima kasih kerana memilih SMKB.