11 Jun 2013

SELAMAT KEMBALI BERSEKOLAH.

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Alhamdulilllah syukur ke hadrat Allah SWT dapat lagi kita meneruskan kehidupan semoga sentiasa di bawah hidayahNya.

Cuti dah habis sekarang masa kita kembali meneruskan tugas dan tanggungjawab kita. Calon PMR dan SPM masa anda semakin berlalu dengan pantas dari itu bergeraklah seoptimunnya dalam menghargai masa sebelum datangnya hari peperiksaan 2013.

Tiada istilah lambat dan tiada masa cuma bagaiman kita bertindak secara positif bagi menjalani sisa-sisa masa yang ada.  Selamat kembali ke sekolah dan teruskan usaha anda

20 May 2013

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IPTA/ POLITEKNIK PREMIER 2013/14



Asssalamualaikum dan salam 1 M.

Kepada semua calon lepasan SPM yang telah membuat permohonan ke IPTA/Politeknik Premier 2013/14 boleh membuat semakan keputusan permohonan mulai 24 MEI 2013 melalui link berikut :
http://upu.mohe.gov.my/.

Tahniah kepada calon yang berjaya .Kepada yang ingin membuat rayuan boleh membuat rayuan di laman yang sama dari 24 MEI - 02 JUN 2013.

16 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013.


  Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah yang telah menganugerahkan keharmonian negara kita dan sama-sama kita dapat meraikan hari Guru bagi tahun 2013.  SELAMAT HARI GURU  semoga jasamu dikenang disepanjang masa.
Tahniah kepada semua pengawas SMKB yang telah mengendalikan acara sambutan hari guru peringkat sekolah bagi tahun ini. Sekalung syabas dan tahniah. Be The Best Beat The Rest.


Sukaneka guru.



Persembahan Kreatif oleh Kumpulan Butterflow Crew
 ( Bekas Pelajar 2011)


Sketsa oleh pelajar.

Sajak oleh Ustazah Hasnah.



27 Apr 2013

TAWARAN MATRIKULASI DAN T 6 2013

Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia.

Tahniah kepada semua lepasan SPM 2012 yang telah berjaya ke  program matrikulasi bagi sesi 2013/14. Anda boleh membuat semakan di laman Bahagian Matrikulasi berikut : http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/


Kepada lepasan SPM 2012  pula anda boleh menyemak tawaran T 6 sesi 2013/14 di alamat berikut :
http://apps.moe.gov.my/sst6/semakanrayuan2013/
Calon yang menerima tawaran perlu mencetak tawaran berkenaan. Bagi calon yang gagal pula boleh terus membuat rayuan.

11 Apr 2013

Tahniah...

Assalamualaikum dan Salam 1 M.

Tahniah kepada semua lepasan SPM 2012 yang telahpun menerima keputusan SPM masing-masing. Langkah seterusnya sudahkah anda membuat pilihan teentang halatuju anda selepas ini. Jangan berlengah lagi kepada mereka yang masih belum mengisi borang UPU masih ada masa  lagi. Untuk makluman tarikh akhir membuat permohonan ke UPU adalah 15 April 2013.
Anda masih belum terlewat untuk membuat permohonan ke IPTA mahupun ILKA dan bertindakalah sekarang. Anda boleh melayari laman berikut : http://upu.mohe.gov.my/

1 Apr 2013

JOM MASUK U KARNIVAL KERJAYA PERHATI 2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Berita baik kepada semua lepasan SPM / STPM 2012 dan mereka yang ingin melanjutkan pelajaran . Anda  semua khususnya yang berada di daerah Bentong dan daerah berhampiran boleh hadir ke Karnival Kerjaya Perhati Daerah Bentong 2013. Jangan lepaskan peluang anda dan hadirlah ke karnival ini.

20 Mar 2013

JATI DIRI PENGAWAS 2013

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.







Tahniah kepada semua pengawas SMKB yang telah berjaya mengikuti Kem Kepimpinan Pengawas 2013 di Kuala Lurau Camp Chalet Janda Baik pada 1 Mac hingga 3 Mac 2013.  Semoga dengan kem ini dapat meningkatkan lagi jati diri pengawas dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pengawas yang bewrkualaiti dan berintigriti.

1 Mar 2013

LGBT ?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Kesedaran tentang gejala LGBT di kalangan pelajar masih kurang. Hal ini boleh memberi kesan yang negatif terhadap amalan kesihatan diri seterusnya menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar.




Dalam usaha untuk membentuk minda dan kehidupan  yang lebih bermakna SMKB telah mengadakan Ceramah Kesedaran LGBT kepada semua warga  sekolah pada 27 Februari yang lalu. Pengisian telah disampaikan oleh En. Rohaimi b. Anuar sebagai Penyelaras Unit Berniform SMKB.

18 Feb 2013

TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS...


Assalamualaikum dan Salam 1 malaysia.

Majlis Perpisahan : Pn. Zarimah

Majlis Perpisahan : En. Ahmad Saad.
Unit BK SMKB mengucapkan tahniah kepada Pn. Zarimah bt Zakaria yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua SMK Perantau Damai , Rompin. dan jasamu sentaiasa dikenang.
Juga ducapkan selamat bertugas kepada Tn Hj. Samsuri , En. Ahmad Saat , Pn. Nurul Huda dan Pn. Mazrah yang telah bertukar semoga sentiasa berjaya dengan tugas di tempat baru. Jasamu dikenang. Terima kasih.

8 Feb 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Majlis penyampaian Bantuan Persekolahan 2013 bagi SMKB telah diadakan pada 26 Januari yang lalu. Majlis disempurnakan oleh ADUN Ketari Dato; Ng Keong Chye. Terima kasih kepada Dato; yang sudi hadir bagi menjayakan majlis serta merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMKB kali ke 33.