8 Jan 2014

PENJUALAN UNIK ID LEPASAN SPM / SETARAF SESI 2014/2015.

Assalamualaikum dan Salam 1M.



Lepasan SPM 2013 boleh mula membeli unik ID Permohonan ke IPTA/ Politeknik/ ILKA Sesi 2014/15  di Bank Simpanan Nasional (BSN)  di seluruh negara mulai 20 Januari 2014.
Harga unik ID Lepasan SPM/ Setaraf ialah RM 10.60.
Permohonan kemasukan mula DIBUKA pada 20 Januari dan DITUTUP pada 7 April 2014.

Untuk maklumat lanjut sila layari url berikut  :    http://upu.mohe.gov.my/

3 Jan 2014

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2014.

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SMKB dan selamat datang pelajar baru SMKB 2014. Kejayaan adalah di tangan kita sendiri . Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan. Hadirlah ke sekolah dengan semangat yang tinggi dengan tujuan ikhlas menuntut ilmu.
" BE THE BEST BEAT THE REST"




26 Dec 2013

JUALAN BUKU DAN ALAT TULIS KOPERASI SMKB

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Saya percaya ketika ini kebanyakan ibu bapa sedang membuat persediaan membeli kelengkapan persekolahan anak-anak. Bagi warga SMK Bentong boleh membeli alat tulis di kooperasi  sekolah yang akan mengadakan jualan pada 30 dan 31 Disember ini.Kooperasi akan mula dibuka dari jam 10.00 pagi sehingga 2.00 ptg. Datanglah beramai-ramai membeli alat tulis dan keperluan persekolahan di kooperasi sekolah dan sama-sama memberi sokongan kepada koop sekolah.

20 Dec 2013

SEKITAR KEPUTUSAN PMR 2013 SMKB.

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT di atas rahmatnya. Tahniah kepada semua yang telah berjaya mendapat keputusan yang cermelang di dalam PMR 2013.Kepada yang kurang berjaya janganlah pula berputus asa kerana anda masih boleh buktikan di dalam SPM nanti. Keputusan rasmi telah diumumkan pada 19 Disember 2013.

Tahniah . Aimi Huisna 8A.

Tahniah  Nur Syasya Izati -8A





Tahniah SMKB .

17 Dec 2013

KEPUTUSAN PMR 2013.

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengumumkan secara rasmi keputusan PMR 2013 pada 19 Disember 2013 ( Khamis). Kepada semua pelajar yang telah menduduki PMR boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing pada hari tersebut.
Bagi pelajar SMK Bentong anda diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah apabila hadir untuk mendapatkan keputusan PMR anda.

11 Dec 2013

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU SBP 2014.

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Kepada murid-murid yang telah membuat permohonan ke Tingkatan Satu SBP 2014 boleh menyemak tawaran ke SBP 2014 melalui url berikut :http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semakSBP_rayuan/

Tahniah kepada yang berjaya dan yang tidak berjaya boleh terus membuat rayuan di alamat yang sama.

10 Dec 2013

MAKLUMAN PIN NO. BAGI PERMOHONAN KE IPTA /POLITEKNIK/ ILKA 2014/15.

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Penjualan nombor pin permohonan bagi kemasukan sesi 2014/15 ke IPTA/ Politeknik /ILKA akan mula dibuka untuk pembelian di BSN mulai Januari 2014. Bagi yang ingin mendapatkan nombor pin berkenaan boleh terus ke BSN mulai Januari 2014.Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui url berikut : http://upu.mohe.gov.my/

6 Dec 2013

THINK POSITIVE- MINDA POSITIF

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Tahniah kepada semua calon SPM 2013  yang telah berjaya mengharungi perjuangan peperiksaan dari 6 Nov hingga 5 Dis 2013.
Kepada calon SPM SMK Bentong khususnya anda telah melakukan yang sebaiknya semoga segala usaha anda diredhai Allah SWT. Warga guru dan ibu bapa sentiasa mendoakan semoga kejayaan menjadi milik anda. Insha Allah.