2 Jul 2014

PROGRAM MATRIKULASI KPM 2015/16.

Assalamulaikum dan Salam 1M.


Makluman kepada semua calon SPM 2014 , permohonan Program Matrikulasi KPM  sesi 2015/16 telah mula dibuka mulai 01 Julai hingga 10 Oktober 2014. Permohonan secara online dengan cara membeli nombor pin  BSN  (RM 6.00) melalui kaunselor sekolah/ guru yang bertanggungjawab atau membli sendiri di BSN.

Untuk maklumat lanjut sila layari url berikut:   http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm


14 Jun 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN PERMOHONAN IPTA/ POLITEKNIK PRIMIER 2014 dan ILKA/POLITEKNIK

Assalamulaikum dan Salam !M.

Kepada calon yang telah membuat rayuan permohonan ke IPTA/ Politeknik Primier/ ILKA  boleh membuat semakan status permohonan di laman web  kemasukan pelajar di url berikut:
http://upu.moe.gov.my/web/
https://online.moe.gov.my/upu/hebahan/rayuan/

Tahniah kepada calon yang berjaya.

13 Jun 2014

TAKLIMAT KERJAYA IKIP

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Selamat bercuti kepada semua warga sekolah. Kita masih lagi dalam minggu percutian sekolah. semoga cuti ini telah dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti yang berfaedah.
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKB mengucapkan terima kasih kepada IKIP yang telah dapat mengadakan taklimat kerjaya kepada seramai 54 orang pelajar T5 /2014 di Bilik Grakan SMKB pada 21 Mei yang lalu. Semoga perkongsian ini dapat membuka laluan kerjaya kepada pelajar yang mentertai program ini.





1 Jun 2014

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PSS DAN PELANCARAN NILAM 2014

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Majlis pelantikan Pengawas PSS dan Pelancaran NILAM telah diadakan pada 26 MEI 2014.
Perasmian oleh Tn Pengetua SMKB.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.

28 May 2014

ISRAK MIKRAJ RASULULLAH sAW/

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Pada tanggal  27 REJAB merupakan tarikh berlakunya peristiwa Israk Mikraj nabi kita Muhammad SAW. Sebagai umat Islam kita adalah wajib mempercayai berlakunya peristiwa tersebut.




ISRAK  : Perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
MIKRAJ :  Perjalanan Rasulluah dari Masjidil Aqsa ke Siratul Muntaha.

Dalam menghayati peristiwa ini Unit Bina Insan SMKB telah mengadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj 1435H peringkat sekolah pada 27 Rejab  bersamaan 27Jun 2014. Pengisian pertama disampaikan oleh Ustazah Nur Hanisah bt Mohd Afandy (Aura Imtiyaz Training & Consultancy).
Seterusnya rumusan oleh pn Husna dan diakhiri dengan Kuiz.

Pn. Husna.

Nasyid Yahanana : Pelajar 1 AA.

Pengacara Majlis :  Pn Norhafizoh.
Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.Semoga mendapat  beberkatan Allah SWT.























26 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU SMK BENTONG 2014

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT diatas limpah rahmatnya sekolah dapat mengadakan sambutan hari guru tahun ini. Majlis dikendalikan oleh Lembaga Pengawas sekolah pada 16 Mei yang lalu.Sambutan secara sederhana tetapi meriah. Terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menjayakan sambutan ini.





















14 May 2014

KARNIVAL KERJAYA PERHATI DAERAH BENTONG 2014

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Karnival Kerjaya PERHATI Daerah Bentong telah berlangsung pada 30 APRIL 2014 ( RABU) di Dewan Keris Mas SMK Bentong. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang yang telah menjayakan program ini.




11 May 2014

SEMAKAN PERMOHONAN LEPASAN SPM DAN SETARAF KE IPTA /POLITEKNIK PRIMIER/ ILKA/POLITEKNIK 2014/15

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Kepada pemohon program IPTA/ Politeknik / ILKA boleh membuat semakan status permohonan mulai 10 Mei 2014 hingga 17 Mei 2014 di url berikut :

http://upu.moe.gov.my/web/pendaratan.php