18 Oct 2016

PERMOHONAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DAN SM TEKNIK AMBILAN JANUARI 2017

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Kepada pelajar PT3 2016 yang berminat untuk memohon program Kolej Vokasional dan SM Teknik 2017 boleh membuat permohonan di atas talian mulai 11 OKT hingga 20 DIS 2016.

Image result for permohonan kolej vokasional 2017 onlinehttps://sptv.moe.gov.my/mohon_kvsmt/index.cfm

9 Oct 2016

SELAMAT MENDUDUKI PT3...

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
 SEMOGA HARI INI 
ALLAH MUDAHKAN SETIAP URUSAN,
MELAPANGKAN HATI DAN MERINGANKAN
LANGKAH KITA DALAM KEBAIKAN.

SELAMAT MENDUDUKI PT3
CALON PT3 SMK BENTONG.
SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.

PERMOHONAN KE T1 DAN T4 SBP 2017


Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Image result for permohonan ke sbp
Permohonan secara online ke Tingkatan Satu akan mula dibuka mulai 15 Okt - 15 Nov 2016.
Permohonan secara online ke Tingkatan Empat akan mula dibuka mulai  1 Dis - 30 Dis 2016


    

21 Sept 2016

BICARA TOKOH BERSAMA...

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Bersempena dengan bulan kemerdekaan 2016 sekolah telah mengadakan Program BIcara Tokoh . Program ini memberi ruang pelajar berkongsi pengalaman bersama tokoh yang terpilih untuk meningkatkan lagi semangat patriotik di samping menghargai warga emas. Tokoh yang dijemput ialah YH Dato' Hj Jamaludin bin Tot. Beliau merupakan seorang tokoh guru yang banyak berjasa dalam dunia pendidikan. Terima kasih YH Dato' yang dapat meluangkan masa bersama anak-anak warga SMK Bentong.

Pn Norani bt Mohd Ludin (Pengetua)



Penyampaian cenderamata kepada YH Dato' Hj Jamaludin bin Tot.



19 Sept 2016

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 DAN T 4 MRSM 2017

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Permohonan ke MRSM bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat boleh dibuat secara online mulai 13 September 2016 hingga 21 Oktober 2016.
Image result for iklan mrsm 2017

4 Sept 2016

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2016

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.

Image result for selamat menduduki upsr 2016
Selamat menduduki UPSR 2016 kepada semua calon anak-anak UPSR 2016. yang bermula daripada
5 September hingga 8 September 2016. Semoga tabah dan tenang dalam menjalani peperiksaan dan beroleh kejayaan yang cemerlang. Aamin.

Image result for upsr 2016

31 Aug 2016

MERDEKA... 2016


Image result for merdeka 2016 malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Alhamdulillah syukur ke hadarat Allah SWT , hari ini kita menyambut Kemerdekaan negara kita dalam suasana aman dan harmoni. Perpaduan antara kaum menjadi keutamaan dalam mencorak negara bangsa yang berdaulat. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2016.  Sempena bulan kemerdekaan ini SMK Bentong juga tidak ketinggalan dalam menanam semangat patriotik terhadap negara dengan mengadakan  pelancaran program  bulan kemerdekaan pada 17 Ogos yang lalu.Majlis telah dirasmikan oleh Pn Norani bt Mohd Ludin Pengetua SMK Bentong.
















30 Aug 2016

Jamuan Hari Raya 2016...

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia  2016.
Sambutan Majlis Hari Raya 2016 SMKB telah diadakan pada 3 Ogos yang lalu.  Istimewanya program ini menggabungkan 4 program serentak, Karnival Kelab dan Persatuan, Karnival Seni dan Budaya, Konsultasi Ibu Bapa dan Pelajar SPM dan PT3 dan Majlis jamuan hari raya. Majlis dirasmikan oleh YH  Dato' Hasnol Hisham bin Hj Yaakob merupakan bekas pelajar SMK Bentong. Terima kasih YH Dato' dan semua yang telah menjayakan program ini.














8 Aug 2016

SEMAKAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UA LEPASAN STPM/ SETARAF SESI 2016/2017.

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Semakan permohonan ke UA Lepasan STPM/ Setaraf bagi sesi 2016/2017 boleh dibuat mulai jam 12.00 tgh 8 OGOS melalui url berikut :  https://online.mohe.gov.my/upu/hebahanSTPM_1617/

Image result for semakan kemasukan ke ua