17 Mar 2018

MOTIVASI BERSAMA MSU 2018

Assalamualaikum dan Salam Negaraku 1 Malaysia


Alhamdulillah dan terima kasih kepada Management and Science University (MSU) yang telah mengadakan perkongsian ilmu bersama calon SPM SMK Bentong pada 2 Mac yang lalu. Semoga pengisian ini dapat meningkatkan lagi aspirasi pelajar dalam mengharungi SPM 2018.

4 Mar 2018

SELAMAT DATANG TN PENGETUA ....2018

Assalamualaikum dan Salam Negaraku 1 M.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Yang Maha Esa segalanya telah ditentukan Allah. Pertukaran dalam pendidikan bukannya asing pengetua jua bertukar di atas keperluan perkhidmatannya. Selamat datang kepada En. Hanifah bin Hj Veerankutty sebagai Pengetua SMK Bentong mulai 5 Februari 2018. Beliau bertukar dari SMK Telemong menggantikan Pn. Norani bt Mohd Ludin yang ke PPD sebagai Pegawai SSIP+. Semoga dengan kehadiran En Hanifah dapat menyuntik semangat  warga SMK Bentong supaya terus cemerlang. Be The Best Beat the Rest.

20 Feb 2018

PEMBUKAAN SEMULA DAN KEMASKINI PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI 2018

Assalamualaikum dan Salam Negaraku  1M.
Keapada lepasan SPM 2017 yang ingin memohon program boleh berbuat demikian dan kepada yang telah membuat permohonan boleh mengemaskini maklumat di url yang diberi.

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU PN NORANI ...JASAMU DISANJUNG.

Assalamulaikum dan Salam Negaraku 1 Malaysia.
Alhamdulillah syukur dan puji ke hadrat Allah yang masih memberi ruang dan waktu untuk kita meneruskan tugas di buminya ini. Aamin. Selamat bertugas di tempat baru  Pn Norani bt Mohd Ludin ( Pengetua) . Mula bertugas di SMK Bentong Mac 2016 hingga 5 Jan 2018. Terima kasih di atas kepimpinan dan sumbangan Pn Norani kepada warga SMK Bentong. Jasamu disanjung budi dikenang.















1 Dec 2017

Melakar Masa Depan NRC11 dan Majlis Restu Ilmu SPM 2017.

Assalamualaikum dan Salam Negaraku 1 Malaysia.
Alhamdulillah dan syukur dengan nikmat yang Allah berikan. Majlis Restu Ilmu SPM 2017 SMK Bentong telah diadakan pada 2 Nov. yang lalu. Istimewa majlis ini diraikan oleh NRC 11 dan Tutor-tutor  OUM Temerloh. Perkongsian yang sangat bermakna kepada calon SPM SMKB. Terima kasih Cik Li , En Shafizal dan NRC 11 serta Dr Zuraimy (Pengarah OUM Temerloh ), Ust. Razif dan Dr Erhan.



















SALAM MAULIDUR RASUL 1836H.

Image result for poster maulud 2017

SEMAKAN UJIAN KELAYAKAN SBP (UKSBP) 2018

Assalamualaikum dan Salam Negaraku 1 Malaysia.









Kepada murid tahun 6 2017 boleh membuat semakan kelayakan ujian SBP mulai 30 Nov 2017 di  pautan berikut : https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm?CFID=3154274&CFTOKEN=c2021301a9279076-9A6DD985-5056-81E0-F485056E5AE16E0E