16 Feb 2014

DATANG DAN PERGI.

Assalamulaikum dan Salam 1M.





Terima kasih dan tahniah kepada Pn Faiezah Bt Jaafar GPK HEM yang telah dilantik sebagai GPK Pentadbiran SMK Sertik dan telah mulakan tugas di SMKB sejak April 2013 hingga Januari 2014. Selamat bertugas di sekolah baru.

  Selamat datang En Zainal bin Md Saad GPK HEM baru  Sebelum ini beliau bertugas di SMK Karak juga sebagai GPK HEM.


10 Feb 2014

KEMAS KINI PERMOHONAN program MATRIKULASI 2014/15

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Kepada pemohon yang telah membuat permohonan ke Program Matrikulasi 2014/15 boleh mengemaskini maklumat mulai sekarang di url berikut :

http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/kemaskini/index.cfm

31 Jan 2014

PELANCARAN KEMPEN TAK NAK BULI 2014.

Assalamulaikum dan Salam 1M.

 Majlis Pelancaran Kempen Tak Nak Buli 2014 telah dirasmikan oleh Tn. Hj Ismail bin Endot
 Pengetua SMK Bentong pada 17 Jan 2014 yang lalu. Mesej buli disampaikan oleh En . Mohamad
 Safi dalam usaha menanamkan rasa mesra dan seronok berada di sekolah tanpa buli. Dalam majlis  ini juga Tuan Pengetua telah menyampaikan risalah kepada wakil pelajar untuk diedarkan bagi  setiap kelas.





21 Jan 2014

MINGGU ORIENTASI ASRAMA 2014.

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Minggu orientasi pelajar asrama telah diadakan bermula 1 Jan 2014 hingga 12 Januari 2014.
Tahniah kepada semua dan selamat datang kepada warga baru asrama SMKB.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga dan fikiran bagi menjayakan minggu ini.










16 Jan 2014

FOTO SEKITAR MINGGU ORIENTASI T 1 & T4 2014.

Assalamulaikum dan Salam 1M


TAKLIMAT PERATURAN & DISIPILIN - EN. ROHAIMI


TAKLIMAT BIASISWA  BKP
EN. MOHD KAMIL

TAKLIMAT BIASISWA YAYASAN PAHANG
PN ARIFAH

GPK KOKUKURIKULUM - EN. PUDIAN RAHIM.


TARIKH :  2 - 3 JANUARI 2014.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan minggu orientasi T1 & T4 SMKB 2014.