19 Sept 2014

KLINIK BERHENTI MEROKOK 2014.

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Alhamdulillah dengan izinNya Klinik Berhenti Merokok dapat diadakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bentong, khususnya Dr. Aishah Jemilah dan rakan-rakanya. Program ini telah diadakan bagi Fasa 1 pada 10/9/2014 dan Fasa ke 2 pada 12/9/1014. Fasa ketiga pula pada 19/9/2014.


Seramai 28 orang pelajar yang menyertai klinik ini. Alhamdulillah penerimaan yang positif daripada peserta. Fasa 1 dan 2 dijalankan di sekolah manakala Fasa 3 peserta di bawa ke Pusat Futsal.
Terima kasih diucapkan kepada Dr Aishah Jemilah dan rakan- rakan dari Pejabat Kesihatan

13 Sept 2014

PELANCARAN JALUR GEMILANG BULAN KEMERDEKAAN SMKB 2014.

Assalamulaikum dan Salam 1M.

Pelancaran Jakur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 23/8/2014 yang lalu. Antara aktiviti sempena pelancaran ini adalah nyanyian lagu- lagu patriotik ,sajak , tanyang video dan kuiz. Semoga melalui aktiviti ini dapat meningkatkan penghayatan pelajar terhadap negara.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini."Di sini lahirnya sebuah cinta."














25 Aug 2014

PROGRAM DIPLOMA POLITEKNIK SESI DISEMBER 2014 LEPASAN SPM.

Assalamualaikum dan Salam 1M.


Bagi lepasan SPM boleh membuat permohonan ke Program Diploma Politeknik Sesi Disember 2014.
Permohonan  boleh dibuat dengan membeli Nombor Pin di BSN dengan harga RM10.60 dan diisi diatas talian berikut : http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

Tarikh dibuka : 16 OGOS 2014      Tarikh tutup : 26 SEPTEMBER 2014.

18 Aug 2014

SEMAKAN PELATIH PLKN SIRI 12/2015



Assalamulaikum dan Salam 1M.

Kepada pelajar Tingkatan 5  sesi 2014 boleh membuat semakan status pemilihan ke PLKN Siri 12/2015 di laman berikut : http://apps1.khidmatnegara.gov.my/terpilih
ATAU melalui SMS :
Taip: PLKN SEMAK Hantar ke 15888
* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20
Tahniah kepada yang terpilih bagi mengikuti latihan PLKN 2015 nanti.

12 Aug 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IPTA LEPASAN STPM/SETARAF 2014/15

Assalamualaikum dan Salam 1M.
Jatabanner
Semakan keputusan permohonan ke ipta lepasan STPM/ Setaraf 2014 boleh dibuat mulai hari ini.
Untuk semakan sila ke url berikut : https://online.moe.gov.my/upu/hebahan/index.php
Tahniah kepada yang berjaya.
Rayuan juga dibuka bermula 12 Ogos hingga 22 Ogos di url yang sama.

11 Aug 2014

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA KPM DAN IPS AMBILAN 0GOS 2014

Assalamualaikum dan Salam 1M.

Kepada pelajar lepasan PMR 2013 yang berminat untuk memohon program Diploma Vokasional Malaysia Ambilan Ogos 2014 anjuran KPM dan Institut Pendidikan Swasta boleh membuat permohonan secara online di url berikut : http://apps5.moe.gov.my/sptv/mohon_ips_2014/

Tarikh buka : 11 Ogos 2014 dan Tarikh tutup pada 15 Ogos 2014.

7 Aug 2014

MAJLIS KHATAM AL QURAN SMK BENTONG 2014.

Assalamulaikum dan Salam 1M.



Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT diatas limpah dan kurnia nya kita telah berjaya menjalani madrasah ramadhan 1435h.  Semoga amalan di dalam bulan tersebut dapat dilaksanakan secara istiqamah. Amin.