28 Feb 2016

PELANCARAN SKUAD A PT3 & SPM 2016

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Pelancaran Skuad A PT3 dan SPM 2016 telah dilancarkan secara rasmi oleh Tn Pengetua En Isa bin  Safie pada 15 FEB yang lalu. Semoga  majlis ini dapat menyuntik semangat calon PT3 dan SPM dalam merealisasikan kejayaan yang cemerlang 2016.








14 Feb 2016

PELANCARAN GURU PENYAYANG DAN KEMPEN ANTIBULI SMKB 2016

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.

Pada 3 Feb yang lalu telah diadakan majlis pelancaran Guru Penyayang dan Kempen Antibuli SMKB 2016. Majlis dirasmikan oleh Tn Pengetua En. Isa bin Safii. Guru-guru dan pelajar yang lahir dalam bulan Januari dan Februari diraikan. Pada masa yang sama GPK HEM Pn. Hamizah bt Omar telah menyampaikan taklimat mengenai buli.Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini. Kek dan minuman sumbangan ikhlas Pn. Hamizah. Terima kasih puan.










12 Feb 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG dan HAC 2016

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan izinNya Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Anugerah Cemerlang bagi tahun ini dapat diadakan pada 30 Jan 2016 . Sekalung Penghargaan kepada YH Dato; Sri Mohamad Zaini bin Hj Salleh ( Ahli Majlis Perbandaran Bentong) yang sudi merasmikan majlis tersebut. Terima kasih juga kepada YH Dato Sri yang telah menhulurkan sumbangan  RM10,000 kepada tabung PIBG SMK Bentong. Tahniah kepada semua penjaga yang hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG serta tahniah juga kepada pelajar penerima anugerah.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.


5 Feb 2016

ORIENTASI PELAJAR BARU ASRAMA 2016

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Program Orientasi Asrama bagi sesi 2016 telah diadakan pada 201/1/2016. Seramai 41 orang penghuni baru asrama mengikuti program ini.








4 Feb 2016

SAMBUTAN MAULUD RASUL SMKB 2016

Assalamulaikum.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Alhmadulillah sambutan hari maulid tahun ini telah diadakan pada 22 Jan 2016 yang lalu.
Semoga usaha ini dapat menguatkan lagi kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW.
Terima Ustaz Hj Junadi bt Jaafar kerana menyampaikan perkongsian ilmu semepana sambutan ini.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.








29 Jan 2016

SEMAKAN PENEMPATAN T4 SBP DAN e-RAYUAN 2016

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.

Semakan penempatan ke T4 Sekolah Berasrama Penuh dan e-Rayuan boleh dibuat mulai 29 Jan hingga 15 Februari 2016 melalui url berikut :https://sst4.moe.gov.my/semakansbpt4_2016/index.cfm?CFID=26214445&CFTOKEN=19992711

24 Jan 2016

MOTIVASI KECEMERLANGAN T5 BERSAMA MSU

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Management and Science University (MSU) telah menjayakan program motivasi kecemerlangan bersama pelajar T5 sesi 2016 pada 12 Jan yang lalu. Perkongsian ilmu untuk meneingkatkan lagi semangat dan keazaman calon SPM 2016. Terima kepada En. Hairool Azmi bin Abdullah ( MSU) yang telah memberikan suntikan semangat kepada pelajar SMKB untuk memulakan pembalajar tahun ini.







23 Jan 2016

KEMAS KINI PERMOHONAN MATRIKULASI KPM SESI 2016/17

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
Image result for matrikulasi kpm 2016/17
Pelajar lepasan SPM 2015 boleh mengemaskini borang permohonan matrikulasi sesi 2016/17 mulai
10 Februari hingga 24 Februari 2016. Untuk tindakan sila ke laman sesawang KPM http://www.moe.gov.my/

18 Jan 2016

SEMAKAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAM SM TEKNIK 2016

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.

Semakan permohonan ke Kolej Vokasional dan SM Teknik boleh dibuat melalui url berikut :
https://sptv.moe.gov.my/kvsmt_semakan2016/index.cfm
Semakan boleh dibuat mulai 18 Januari hingga 25 Januari 2016.