17 Mar 2012

JEMPUTAN KARNIVAL KERJAYA PERHATI BENTONG 2012



Assalamualaikum, selamat berjumpa lagi. Selamat bercuti dan jangan lupa sekolah akan kembali dibuka pada 19 Mac ini. Masa bergerak pantas oleh itu kita jangan alpa dan manfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah.
Kepada lepasan  SPM 2011 pastinya berdebar kerana keputusan SPM 2011 akan diumumkan pada hari RABU bersamaan dngan 21 MAC 2012. Untuk  lepasan SPM  SMKB khususnya dan sesiapa saja yang mengikuti blog ini adalah dimaklumkan  pada  21 MAC 201 (RABU) KARNIVAL KERJAYA PERHATI DAERAH BENTONG 2012 akan diadakan di Dewan Keris Mas SMK Bentong dari jam 8.30 pg hingga 2.30ptg. Semua dijemput hadir  dan jangan lepaskan peluang untuk melihat pameran daripada IPTA, IPTS , MARA, SSPN serta bahagian kemahiran seperti Institut Latihan Perindustrian ( ILP)  dan IKBN.
Lepasan SPM juga berpeluang menyemak syarat melalui laman i-mas-c-u yang disediakan disamping buka akaun SSPN.
SELAMAT DATANG KE KARNIVAL KERJAYA PERHATI BENTONG 2012..
Jumpa di sana.

No comments:

Post a Comment