31 Jul 2012

RAMADHAN BULAN MULIA




  

Assalamalaikum. Syukur ke hadrat Allah swt yang telah memberi peluang kepada kita untuk menjalani ibadah puasa bagi tahun ini.Hari ini telah genap 11 hari kita berpuasa dan telah masuk fasa kedua dalam Ramadhan iaitu keampunan. Fasa pertama adalah kerahmatan dan fasa ketiga pula pembebasan daripada api neraka.Beruntunglah orang yang mengerjakan dengan ihlas kerana Allah. Semoga ramadhan ini dapat mendisiplinkan  diri atau tarbiyah bagi diri untuk mengawal dan mengamalkan amalan yang baik berterusan ke bulan-bulan yang lain.

RasuluLlah saw bersabda yang maksudnya :
Bulan Ramadan ke bulan Ramadan, dan Jumaat ke Jumaat, dan solat ke solat menjadiPenebus Dosa di antara keduanya selama mana dijauhi dosa besar
Bulan Ramadan itu ialah bulan kesabaran, dan ganjaran kesabaran ialah syurga
Awalnya rahmat, tengahnya pengampunan dan akhirnya bebas daripada neraka .

Marilah kita sama-sama memburu kelabihan ramadhan semoga kita berjaya di dunia dan juga di akhirat. Amin.

No comments:

Post a Comment