4 Aug 2014

KEMBALI BERSEKOLAH...




Assalamulaikum dan Salam 1M.

Alhamdulillah setelah menjalani ibadah puasa kita kembali kepada fitrah. Semoga segala amalan yang ditimba semasa ramadhan mendapat keberkatan daripada yang maha Esa. Seterusnya kita teruskan dengan istiqamah. Cuti selama seminggu telah memberi ruang kepada kita untuk menyambut bulan syawal ini.
Cuti telahpun berakhir kembalilah kita kepada ttugas dan tanggungjawab kita yang belajar teruskan usaha dan yang bekerja teruskan tugasmu dengan ikhlas sebagai ibadah. amin.
Kepada calon SPM dan PT3 tugas semakin mencabar manfaatkan masa dan ruang yang masih berbaki bagi menggapai kejayaan. Usah biarkan masa berlalu kerana tidak dapat dikejar.  Fokus kepada peperiksaan yang tidak lama lagi. Berikan komitmen sepenuhnya dengan dedikasi.
Akhirnya tiada masa yang tidak berharga setiap saat menyumbang kepada kejayaan dan kebahagian kita.
SELAMAT BERHARI RAYA.



No comments:

Post a Comment