10 Feb 2011


ADAKAH ANDA TAHU?

Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara profesional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor untuk membantu klien, meneroka, menganalisis memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri mengikut Kod Etika kaunselor(Peraturan-peraturan– kelakuan dan tatatertib 1999 dan Akta Kaunselor 1998).

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling merupakan perkhidmatan memberi pertolongan dan bukan memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat keputusan tentang apa yang harus individu berkenaan lakukan.

Matlamat Umum Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling

¨ Mempertingkatkan kemahiran menghadapi perubahan

¨ Mempertingkatkan kemahiran membuat keputusan.

¨ Memperkembangkan potensi diri.

¨ Perubahan tingkahlaku

¨ Memperbaiki hubungan dengan individu lain.

¨ Mengajar klien bertanggungjawab atas diri sendiri.

¨ Baiki imej diri yang negatif.

¨ Mempertingkatkan kemampuan menyelesaikan masalah yang dihadapi

¨ Melegakan tekanan & konflik

INGATLAH, KAUNSELING BUKANNYA…

1. Kaunselor memberi nasihat

2. Psikoterapi

3. Rawatan pesakit mental yang teruk

4. Bercakap dan bercakap tanpa tindakan

5. Menyelesaikan semua masalah kehidupan

9 Feb 2011

KATAKAN TAK NAK KEPADA BULI

Buli... Katakakan tak nak kepada buli. Sekolah seharusnya menjadi tempat yang sangat kondusif bagi pelajar untuk menimba ilmu. Namun perbuatan buli berlkau jua walau sekadar kecil tapi kesannya amat berat kepada mangsa'Dalam usaha mencegah perbuatan ini Unit Kaunseling , Unit Disiplin dan Bina Insdan sama-sama mengadakan program " Katakakan Tak Nak Kepada BULI". Kempen ini telah dilancarkan oleh GPK HEM Pn. Zarimah Zakaria pada hari Isnin yang lalu bersamaan 7 Februari 2011.

POLISI BULI

“ Bahawasanya, pengetua, guru-guru, staf, pengawas, pelajar di sekolah ini menentang sekeras-kerasnya perbuatan membuli oleh warga sekolah dan sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan jenayah ini.”





4 Jan 2011

SALAM MAAL HIJRAH DAN TAHUN BARU 2011

Selamat menyambut tahun baru kepada semua warga SMKB khususnya. dalam sedar tak sedar dan sesingkatnya pusingan waktu berlalu begitu pantas dah setahunpun berlalu. Tahniah kepada Calon PMR 2010 yang telah pun berjaya melangkah ke alam menengah atas. Kepada yang cemerlang teruskan usaha mu untuk lebih gemilang di SPM nanti.,kepada yang lain jangan cepat berputus asa gagal bukan bererti kalah selagi ada peluang dan ruang perjuangan perlu diteruskan supaya hasilnya dapat dikecapi sewaktu SPM nanti.
Tahniah juga kepada sekolah yang berjaya mengekalkan tempat pertama kategori sekolah menengah harian di daerah Bentong.Semoga kejayaan ini akan menggarap keinginan untuk memacu prestasi sekolah sebagai sekolah berprestasi tinggi.

SEKITAR AKTIVITI UBK AKHIR TAHUN 2010



Majlis penyampain cenderamata Program Kecemerlangan SPM SMKB anjuran PIBG dan Yayasan Mara





En. Roslan - Seminar Matematik SPM.









Jati Diri Remaja 2010 di Dusun Eco Resort .







Pengurusan Jenazah antara aktiviti Pasca PMR 2010










21 Sept 2010

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI

Assalamulaikum kesempatan di bulan Syawal ini UBK mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Dalam merayakan hari kemenangan ini jangan pula kita lupa untuk mengawal serta muhasabah diri kita. Sebulan Ramadhan kita berjaya melatih dan membentuk diri kita supaya apa yang telah dilakukan itu berterusan . Berikut adalah wasiat Imam Syafie yang boleh diamalkan sebagai langkah untuk mencapai kecemelangan di dunia dan diakhirat.Insyaallah.

Wasiat Imam Syafie

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :

Pertama :
Hak Kepada Diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua :
Hak Kepada Malaikat Maut iaitu mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah.

Ketiga :
Hak Kepada Kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat :
Hak Kepada Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima :
Hak Kepada Mizan iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam :
Hak Kepada Sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh :
Hak Kepada Malik iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan :
Hak Kepada Ridhwan iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

Kesembilan :
Hak Kepada Rasulullah SAW
iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT.

Kesepuluh :
Hak Kepada Allah SWT iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

20 Aug 2010

RAMADHAN DAN PEPERIKSAAN

Assamulaikum,
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR kepada semua pelajar Tingkatan 3.
SELAMAT MENJALANI UJIAN JUJ kepada semua pelajar Tingkatan 5.
PUASA JANGAN TAK PUASA YA!
SELAMAT MAJU JAYA.

TIP-TIP PEPERIKSAAN

Oleh
DR. ISMAIL ZAIN 26/08/2004 5:33 p.m.
(Dipetik dan diubah suai dari
Laman Web Portal Pendidikan Utusan)

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

  1. Jangan memikirkan perkara-perkara lain yang boleh mengganggu fikiran dan ketenangan diri.
  2. Jangan membuat anggapan yang peperiksaan itu susah.
  3. Jangan terlalu memikirkan tentang masalah yang mungkin ditemui sewaktu berhadapan dengan kertas soalan peperiksaan.
  4. Jangan memikirkan tentang kegagalan yang mungkin menimpa anda selepas peperiksaan.
  5. Jangan takut pada peperiksaan.
  6. Jangan membuat perbandingan kebolehan diri anda dengan rakan yang lain.

PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN

  1. Tumpukan sepenuhnya fikiran anda terhadap pelajaran.
  2. Anggapkan peperiksaan itu hanyalah menguji sesuatu yang telah anda baca dan ketahui.
  3. Anggapkan segala soalan yang terdapat di dalam kertas soalan itu adalah soalan-soalan yang pernah anda jawab dalam peperiksaan-peperiksaan yang lepas.
  4. Bayangkan kejayaan yang akan anda alami serta keseronokan yang anda kecapi bersama ayah dan ibu ketika menerima keputusan peperiksaan.
  5. Anggapkan peperiksaan itu sebagai tiket untuk melangkah mercu kejayaan.
  6. Anggapkan diri anda sama seperti orang lain. Orang lain boleh kenapa diri anda tidak boleh!

5 Aug 2010

MINI PAMERAN PPDa HARI KOPERASI SMKB 2010




Unit PPDa SMKB berpeluang mengadakan mini pameran PPDa sempena sambutan Hari Koperasi SMKB 2010 pada 30 Jun 2010.

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DAN KETUA TINGKATAN 2010












Program ini dlaksanakan pada 24 Julai 2010.
Pengisian program disedia dan dijayakan oleh En. Jamiuddin bin Kassim . Kaunselor Cemerlang SMK Peramu Jaya , Pekan.