8 May 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN IPTA/POLITEKNIK PREMIER








Assalamulaikum,

Pemohon Lepasan SPM 2011 boleh membuat semakan status  permohonan ke IPTA/Politeknik Premier mulai hari ini  di Laman Rasmi Kemsukan ke IPTA
Semakan keputusan boleh dibuat di URL berikut : http://upu.mohe.gov.my/

7 May 2012

Cikaro...

Assalamualaium.

Ramai mungkin bertanya apa yang ditulis tu? Saya tertarik dengan berita yang diterbitkan oleh Metro Ahad semalam ( 6 Mei). Cikaro adalah gejala terbaru melibatkan gadis bawah umur.Gejala sosial ini boleh disamakan dengan bohsia malah lebih menonjolkan imej seksi, gedik dan berani.Aktiviti ini membimbangkan kita sebagai ibu bapa yang sudah tentu ingin kehidupan sempurna bagi anak-anak. Adalah tanggungjawab kita bersama saling mengingat dan berpesan ke arah kebaikan. Sama-samalah kita berusaha membimbing remaja kita supaya sentiasa mengingati Allah sepanjang masa. Jati diri remaja masa kini mudah goyah terutama yang kurang amalan agamanya. Lebih memandang kepada keseronokan tanpa memikirkan kesan atau impak selepas sesuatu tindakan yang dibuat.
Antara faktor yang disebut sebagai penyebab kepada gejala ini adalah kurangnya kasih sayang. Menurut pengakuan remaja yang terlibat dalam Metro Ahad tersebut kerana dibesarkan tanpa kasih sayang.  Dalam ertikata  yang lain remaja ini memerlukan perhatian. Perkara ini jugalah yang menyumbang kepada tindakan salahlaku pelajar di sekolah sebagai usaha untuk menarik perhatian.



3 May 2012

MOTIVASI HALA TUJU BERSAMA MSU

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Motivasi dalaman adalah pengerak utama kepada sesuatu usaha untuk mencapai kejayaan.Namun begitu tidak dapat dinafikan motivasi luaran juga perlu dalam meningkatkan semangat untuk mencapai kejayaan.Dalam hal ini  UBK dan sekolah mengucapkan jutaan terimakasih kepada Managemnet and Science Universiti ( MSU )di atas jalinan kerjasama yang erat dengan mengadakan program motivasi hala tuju bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 sesi 2012.



Input yang disampaikan sangat bermakna dalam meningkatkan jati diri pelajar. Terima kasih Pn.Norlina yang mengendalikan pelajar T5 dan Cik Mazni dan Cik Mazlina bagi pelajar T4.