7 May 2012

Cikaro...

Assalamualaium.

Ramai mungkin bertanya apa yang ditulis tu? Saya tertarik dengan berita yang diterbitkan oleh Metro Ahad semalam ( 6 Mei). Cikaro adalah gejala terbaru melibatkan gadis bawah umur.Gejala sosial ini boleh disamakan dengan bohsia malah lebih menonjolkan imej seksi, gedik dan berani.Aktiviti ini membimbangkan kita sebagai ibu bapa yang sudah tentu ingin kehidupan sempurna bagi anak-anak. Adalah tanggungjawab kita bersama saling mengingat dan berpesan ke arah kebaikan. Sama-samalah kita berusaha membimbing remaja kita supaya sentiasa mengingati Allah sepanjang masa. Jati diri remaja masa kini mudah goyah terutama yang kurang amalan agamanya. Lebih memandang kepada keseronokan tanpa memikirkan kesan atau impak selepas sesuatu tindakan yang dibuat.
Antara faktor yang disebut sebagai penyebab kepada gejala ini adalah kurangnya kasih sayang. Menurut pengakuan remaja yang terlibat dalam Metro Ahad tersebut kerana dibesarkan tanpa kasih sayang.  Dalam ertikata  yang lain remaja ini memerlukan perhatian. Perkara ini jugalah yang menyumbang kepada tindakan salahlaku pelajar di sekolah sebagai usaha untuk menarik perhatian.



No comments:

Post a Comment