13 Aug 2012

IHYA RAMADHAN SMKB 1433H


Assamualaikum .Alhamdulillah kita sudah pun berada di fasa ketiga bulan ramadhan. Insyaallah dngan ketentuannya kita dapat melaksanaan ibadah ini dengan ikhlas. Di 10 hari terakhir bulan ini sama-amalah kita merebut peluang mencari keredhaan Allah semoga kita berbahagia di dunia dan akhirat.
Unit Bina Insan telah melaksanakan beberpa aktviti di sepanjang ramadhan tahun ini. Di antaranya Majlis Tadarus Al'Quran pada 3 Ogos , Kuiz Ramdhan Almubrak, Tazkirah  dan juga Ceamah Nuzul Al'Quran pada 10 Ogos yang lalu. Caramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zamri bin Basri , Pegawai J-Qaf Pejabat Pelajaran Daerah Bentong. Terima kasih ustaz dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan aktiviti ihya ramdhan bagi tahun ini.




Ustaz Mohd Zamri bin Basri (Pegawai J-Qaf PPD Bentong).





8 Aug 2012

NUZUL AL QURAN 1433H

Assalamualaikum. Marilah kita bersama-sama menrafakkan kesyukuran ke hadrat Allah swt dengan izin dan rahmatNa kita masih lagi bernafas dan menunaikan ibadah puasa bagi tahun ini. Hari ini adalah hari ke 18 .
Semalam  Nuzul Quran adalah hari yang telah iturunkan AlQuran  kepada kita umat Islam khasnya dengan tujuan menjadi panduan kepada kita bagi mengisi perjalanan  menuju ke akhirat. Sesungguhnya beruntunglah umat yang beriman dengan kitab Allah . Semoga kita dimasukkan ke dalam golongan hamba yang mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepada kita. Iman dan taqwa sebagai batas perbuatan kita bersandarkan Alquran dan juga Sunnah nabi.
Dengan mengingati dan menghayati AlQuran insyaalah kita dapat kebahagiaan dalam  diri sendiri dan juga umah semua.
         
Saya mengajak diri sya dan saundara sama-samalah kita meningkatkan penghayatan Alquran khususnya di Ramadhan. Seterusnya di istiqamah dibulan-bulan yang lain..



31 Jul 2012

RAMADHAN BULAN MULIA




  

Assalamalaikum. Syukur ke hadrat Allah swt yang telah memberi peluang kepada kita untuk menjalani ibadah puasa bagi tahun ini.Hari ini telah genap 11 hari kita berpuasa dan telah masuk fasa kedua dalam Ramadhan iaitu keampunan. Fasa pertama adalah kerahmatan dan fasa ketiga pula pembebasan daripada api neraka.Beruntunglah orang yang mengerjakan dengan ihlas kerana Allah. Semoga ramadhan ini dapat mendisiplinkan  diri atau tarbiyah bagi diri untuk mengawal dan mengamalkan amalan yang baik berterusan ke bulan-bulan yang lain.

RasuluLlah saw bersabda yang maksudnya :
Bulan Ramadan ke bulan Ramadan, dan Jumaat ke Jumaat, dan solat ke solat menjadiPenebus Dosa di antara keduanya selama mana dijauhi dosa besar
Bulan Ramadan itu ialah bulan kesabaran, dan ganjaran kesabaran ialah syurga
Awalnya rahmat, tengahnya pengampunan dan akhirnya bebas daripada neraka .

Marilah kita sama-sama memburu kelabihan ramadhan semoga kita berjaya di dunia dan juga di akhirat. Amin.

24 Jul 2012

PROGRAM KONSULTASI KEIBUBAPAAN SPM/PMR SMK BENTONG 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 20 JULAI 2012 telah diadakan Program Konsultasi Keibubapaan SPM/PMR SMKB.  Terima kasih kepada penjaga / ibu bapa yang telah hadir bersama bagi menjayakan majlis ini.





YDP PIBG En.Rosli bin Basri.
GPK KO-En. Pudian Rahim Abd.Wahid

20 Jul 2012

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA RAMADHAN ALMUBARAK


Assalamualaikum dan selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan Almubarak . Semoga kehadiran bulan mulia ini menguatkan lagi keimanan dan kecintaan kita kepada Allah SWT. Amin.

15 Jul 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / SETARAF (IJAZAH PERTAMA) SESI AKADEMIK 2012/2013


Assalamualaikum . Tahniah kepada pemohon yang telah menerima tawaran ke program ijazah di IPTA lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ setaraf. Semakan maklumat boleh dibuat melalui laman http://upu.mohe.gov.my/

LAMAN WEB RASMI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA,TEVT & ILK



SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN
KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / SETARAF
(IJAZAH PERTAMA)
SESI AKADEMIK 2012/2013


Saluran 1
:
Saluran 2
:
Saluran 3
:
Saluran 4
:
Saluran 5
:
SMS
:
Taip UPU RESULT [NOKP] hantar ke 15888

11 Jul 2012

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SMKB KE 45

Ketibaan Yg Berbahagia Dato' Tantowee. (Pegawai Daerah Bentong)



Pn. Rosnita Bt Abdullah _AJK PIBG
Kejohanan Tahunan telah diadakan pada 4 JULAI 2012 (RABU).
Johan Keseleruhan dimenangi oleh rumah Tun Dr. Mahathir ( MERAH).
TAHNIAH...

4 Jul 2012

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2013/2014



Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 1 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my  atau http://www.moe.gov.my/bmkpm

 

3 Jul 2012

MAJLIS PENYERAHAN NOTEBOOK 1 MALAYSIA DUN KETARI

Assalamualaikum. Tahniah kepada penerima notebook Satu Malaysia DUN Ketari yang telah disampaikan oleh YB Dr Ng Kee Chyee ADUN kawasan Ketari pada 27 JUN 2012 (RABU) yang lepas di Dewan Keris Mas SMK Bentong. Penerima adalah terdiri daripada pelajar SMK Bentong, SMK Sulaiman, SMK Ketari,SMV Tengku Afzan dan SMK Bukit Tinggi. Seramai 30 orang pelajar SMK Bentong adalah penerimanya dan tahniah  diucapkan semoga penerimaan notebook ini dapat dimanfaatkan utnuk tujuan belajar khas.



13 Jun 2012

Perjuangan perlu diteruskan...

Assalamuaaikum dan segala puji dan pujian  kita kehadrat Allah SWT yang telah memberi peluang kepada  kita untuk meneruskan tangggungjawab kita lagi. Kalau pelajar dengan tanggungjawabnya sebagai pelajar dan guru pula tanggungjawabnya mendidik. Tugas yang belum selesai perlu diteruskan .

  
Calon PMR sedarkah anda tinggal hanya 118 hari sahaja lagi sebelum PMR? Begitu juga calon SPM tahukah anda bahawa tinggal hanya 145 hari lagi perperiksaan SPM akan tiba? Dalam tempoh waktu yang semakin hampir ini pelajar perlu bertanggungwab untuk menyiapkan diri dengan persediaan yang
intensif bagi memnduduki  peperiksaan dengan tenang dan selesa. Persediaan di saat-saat akhir boleh menimbulkan keadaan yang panik dan tidak selesa. Pelajar perlu mengambil peluang dan ruang yang ada untuk dimenfaatkan.Sesungguhnya kita boleh dianggap kufur kepada nikmat yang diberi sekiranya kita tidak menggunakannya. PELAJAR RAJIN BERUSAHA PELAJAR MALAS BERI ALASAN.